Rabu, 2 Februari 2022

SELASA, 4 JANUARI 2022 : LIQA FIKRI PAS KAWASAN BUKIT GANTANG - NAQIB : USTAZ FAIRUZ HAFIIZ OTHMAN

 



Azan dikumandangkan oleh Saudara Abdullah Haji Muhammad, PAS Cawangan Trong


Solat Maghrib dan bacaan Al-Mathurat dipimpin oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan Haji Rahim Ismail




Majlis dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman







Ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan Haji Rahim Ismail


Taklimat Pembangunan Pusat Tarbiah PAS Kawasan (PUTIK) oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Zulkefly Ahmed



Pembentangan Liqa' Fikri bertajuk "Tarbiah Aqidah" oleh Alfadhil Ustaz Fairuz Hafiiz Othman, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak



PENTINGNYA TARBIYAH DALAM PERJUANGAN PAS

1. Di awal perjuangan PAS, aqidah ditekan kepada ahli-ahli PAS.

2. Perjuangan PAS menempuh laluan getir apabila ditekan oleh parti pemerintah seperti dihalang mengadakan ceramah, kakitangan kerajaan yang menyokong PAS ditukar malah ada pemimpin PAS yang terbunuh.

3. Pertembungan politik PAS bukan matlamat menang pilihanraya semata-mata tetapi perjuangan PAS adalah mengenai perjuangan menegakan aqidah yang benar.

4. Pejuang PAS terdahulu tidak dapat mengecapi nikmat kemenangan, beruntunglah kita dapat merasainya.

5. Kesan tarbiyah Rasulullah SAW yang diterima oleh sahabat-sahabat berjaya melahirkan para pejuang yang gagah berani di medan perang dan tawaduk di sisi Allah. 

6. Contohilah semangat Abu Ayub As'ahari yang telah berusia tetapi sanggup menyeberang lautan dalam menyahut seruan jihad. 

7. Jangan memberi alasan usia tua untuk keluar dari arus perjuangan. Contohilah Almahrum Tuan Guru Nik Aziz, Pak Subki Latiff dan Ustaz Hassan Syukri  yang gigih berjuang sehingga akhir hayat. 

8. Ujian terbesar kita hari ini adalah nikmat kemenangan. Jangan letak keyakinan kita pada kedudukan kita sebagai kerajaan atau keyakinan pada sokongan rakyat sebaliknya tetaplah keyakinan kita kepada pertolongan Allah SWT. JANGAN ROSAKKAN AQIDAH KITA! 

9. Alhamdulillah, jemaah PAS telah disaring dan mereka telah meninggalkan jemaah lalu menubuhkan parti baru. Akhirnya mereka gagal kerana tidak membawa aqidah dalam perjuangan mereka, sekadar slogan kosong semata-mata. 

10. PAS sekali lagi diuji apabila bergabung dengan dengan bekas musuh politik sejak sekian lama lalu menjadi sebahagian daripada kerajaan. Ada yang ragu-ragu dengan keputusan parti dan ada juga rasa sangat gembira kerana yakin kemenangan besar pasti dicapai pada PRU akan datang. 

11. Adakah setelah menjadi kerajaan kita tidak perlu memberi infaq kepada parti? Tidak! Infaq dan derma tetap diteruskan kerana bukan sikap PAS meraih dana parti melalui sumber atau projek-projek kerajaan. 

12. Kata Tuan Guru Presiden PAS, "Apabila banjir besar, maka hanyutlah pelbagai sampah-sarap. Akhirnya sampah itu hanyut dan air sungai kembali bersih. Begitulah perjuangan kita". 

13. Dalam Muktamar Agung PAS di Johor, Presiden PAS menegaskan agar mengekalkan keaslian perjuangan PAS iaitu Islam dan jangan cemari dengan ideologi, agenda dan racun-racun musuh. 

14. Jangan tinggal program-program tarbiyah yang disusun oleh parti di semua peringkat kerana kita mendidik ahli-ahli PAS kepada tarbiyah aqidah yang sangat penting dalam diri setiap pejuang Islam. 

15. Jangan lupa untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT kerana doa adalah senjata mukmin. 

- Pembentangan oleh Alfadhil Ustaz Fairuz Hafiiz Othman, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak





Tiada ulasan:

Catat Ulasan