📸 1) PRA-PROGRAM
📸 2) PEMBENTANGAN OLEH NAIB PRESIDEN PAS, YB SENATOR USTAZ IDRIS HAJI AHMAD
NOTA LIQA FIKRI PAS KAWASAN BUKIT GANTANG : "MEMAHAMI GERAKAN SULIT YAHUDI DAN STRATEGI MENGUASAI DUNIA"
1. Ulamak tasawuf terkenal, Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitab al-‘Iktiqad fi al-Iqtishad ada menyatakan; “Agama dan kekuasaan bagaikan saudara kembar. Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tiada asasnya akan hancur, dan apa saja yang tak ada penjaganya akan lenyap.”
2. Freemason bermaksud "gerakan bebas" adalah pertubuhan rahsia yang ditaja oleh bangsa Yahudi bagi menjayakan doktrin-doktrin Yahudi di seluruh dunia.
3. Ada pendapat berkata Freemason bermula sejak abad 14 manakala satu lagi pendapat mendakwa ia hanya bermula pada tahun 1641.
4. Rasuah adalah ibu kejahatan yang meruntuhkan sesebuah kerajaan.
5. Arak pula adalah ibu kejahatan yang merosakkan akal fikiran dan meruntuhkan institusi kekeluargaan serta masyarakat.
6. Hiburan melampau (hendonisme) ibu kejahatan yang melekakan generasi muda dan menjadi senjata Freemason di seluruh dunia.
7. Freemason akan menguasai tokoh-tokoh politik, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, panglima tentera dan individu berpengaruh di sesebuah negara dengan matlamat mengawal serta menguasai negara tersebut mengikut telunjuk mereka.
8. Freemason turut menubuhkan pertubuhan kebajikan dan NGO yang aktif melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada orang ramai sambil menyusup jarum-jarum halus doktrin mereka.
9. Freemason juga aktif menganjurkan acara-acara sukan dan aktiviti belia dalam mengembangkan pengaruh mereka khususnya di kalangan remaja.
10. Setelah menguasai politik negara, mereka meneruskan agenda dengan menguasai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NATO, OIC dan sebagainya.
11. Kita bersyukur kepada Allah kerana kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh majoriti ADUN PAS berjaya melaksanakan beberapa pendekatan selaras dengan Islam seperti isu kawalan lesen judi dan jualan arak di Kedah sebagaimana yang telah dilaksanakan di negeri Kelantan.
12. Namun begitu, kerajaan-kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa yang terhad dan masih banyak lagi kekangan untuk melaksanakan dasar-dasar Islam di peringkat Pusat.
13. Perkenalkan dasar dan perjuangan PAS di tengah-tengah masyarakat dengan melakukan kerja-kerja dakwah serta kebajikan seperti yang dipamerkan oleh para sukarelawan PAS sewaktu bencana banjir baru-baru ini.
14. Dalam isu Pilihanraya Umum Negeri Johor, PAS masih meneruskan usaha untuk menyatukan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional agar dapat bersama menentang Pakatan Harapan secara dua penjuru.
15. Ahli-ahli PAS diharap dapat memberi kepercayaan kepada pimpinan dalam mengambil langkah dan tindakan dalam sebarang kemelut politik serta akur dengan keputusan yang dibuat.
16. Setiap keputusan penting parti dibuat secara berhati-hati, perbincangan yang mendalam, pertimbangan yang adil serta menilai pelbagai kesan dan kemungkinan.
17. Setiap keputusan yang dibuat meletakkan kepentingan Islam paling utama selain mengelakkan perpecahan di kalangan ummah dan bagi memastikan Pakatan Harapan tidak kembali menguasai negeri-negeri dan negara.
18. Undi18 menjadi fokus semua parti-parti politik dan ia memberi kesan yang besar dalam meraih undi kerana mereka masih belum terdedah dengan dunia politik serta terbuka untuk mengundi mana-mana parti yang berjaya menarik minat mereka.
19. PRN Melaka bukanlah indikator yang tepat untuk dibandingkan dengan PRN Johor kerana BN hanya mencatat 1% kenaikan jumlah undi dan saingan lebih sengit di Johor dengan kehadiran pengundi-pengundi muda.
- Pembentangan oleh YB Senator Ustaz Idris Haji Ahmad, Naib Presiden PAS pada Liqa Fikri PAS Kawasan Bukit Gantang - Selasa, 1 Februari 2022
[LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BAHARU, PAS KAWASAN BUKIT GANTANG]
📸 3) PELANCARAN APLIKASI MY MUTABAAH PERINGKAT PAS KAWASAN BUKIT GANTANG
📸 4) PENYAMPAIAN WATIKAH NAQIB USRAH PERINGKAT PAS KAWASAN BUKIT GANTANG
📸 5) PENYAMPAIAN WATIKAH NAQIBAH USRAH PERINGKAT PAS KAWASAN BUKIT GANTANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan