PAS Kawasan Bukit Gantang meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini dengan penyampaian sumbangan Bakul Prihatin dan kad ucapan TBC kepada 39 penerima dari golongan B40.
Program yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Baru, Kuala Sepetang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perak, Saudara Muhammad Tiang.
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan Haji Rahim Ismail mengharapkan masyarakat Tionghua dapat meraikan sambutan Tahun Harimau kali ini dengan lebih gembira berbanding tahun lepas sewaktu negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat.
"Sumbangan ini adalah tanda ingatan PAS yang tidak pernah mengabaikan kebajikan kaum Cina. Semoga beroleh kemakmuran dan kegembiraan buat semua pada tahun ini", katanya.
"XIN NIAN KUAI LE, AH LAI"
Persahabatan PAS Kawasan Bukit Gantang dan Ah Lai terjalin sewaktu PAS dan Dap berada dalam Pakatan Rakyat dahulu. Ah Lai antara ahli Dap yang sering berhubung terutama dalam merangka program bersama masyarakat Cina.
Walaupun kini berada dalam kem yang berbeza, persahabatan tidak terputus dan sering sering bertegur sapa bila bersua.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan, Saudara Basheer Ahamad Seeni Ibrahim menyampaikan kad ucapan dan cenderahati kepada Ah Lai sekeluarga.
MAKSUD GONG XI FA CAI
“Gong Xi Fa Cai” ialah ayat di dalam bahasa Mandarin yang membawa maksud “tahniah moga mendapatkan lebih kekayaan”. Ucapan ini telah digunakan secara meluas sejak sebelum zaman Dinasti Qin lagi iaitu 221 BC!
Menurut Prof Dr Yam Kah Kean dari Universiti Malaya, ayat tersebut tidak melambangkan semangat Tahun Baru Cina yang kuat kerana maksudnya yang lebih menjurus ke arah material berbanding semangat kebersamaan.
Maka, ada diantara orang Cina lebih menyukai sebutan “Xin Nian Kuai Le” yang bermaksud “selamat tahun baru”. Cara sebutannya: “zeen neean kwai luh”. “Kuai Le” bermaksud “happy” atau “joyous” dan “Xin Nian” bermaksud “tahun baru”.
Jadi, siapa yang sesuai mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” sebagai greetings Tahun Baru Cina? Kebiasaannya, “Gong Xi Fa Cai” disebut oleh mereka yang sesama berniaga dan rakan sekerja.
“Gong Hey Fat Choy” pula ialah sebutan di dalam bahasa Kantonis yang membawa maksud yang sama seperti “Gong Xi Fa Cai” iaitu “tahniah dan kekayaan”. “Gong Xi” (恭禧) bermaksud tahniah atau dengan hormat berhasrat kegembiraan. “Fa Cai” (發財) bermaksud menjadi kaya atau mahu buat duit. Cara sebutannya yang betul ialah “gong zee fah chai”.
Selain “Gong Xi Fa Cai”, “Xin Nian Kuai Le” dan “Gong Hey Fat Choy”, ada satu lagi cara yang menyeronokkan apabila menyapa seseorang di musim Tahun Baru Cina ini, iaitu: “Hong Bao Na Lai” yang bermaksud “angpau merah please!”
Sumber: The Star, Good Characters, Life Is Like That
https://www.facebook.com/pasbukitgantang/posts/309280281245414
Tiada ulasan:
Catat Ulasan