RIBUT SEKITAR DUN TRONG : JABATAN AMAL BUKIT GANTANG HULUR BANTUAN SEGERA
Rabu, 2.2.2022 : Alhamdulillah selesai operasi malam ini membantu mengalihkan pokok yang tumbang akibat ribut petang tadi di Kampung Sungai Tinggi, Trong.
Terima kasih semua anggota yang terlibat. Turut serta bersama kami Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Zulkefly Ahmed.
#PASprihatin
#PASKawasanBukitGantang
#JabatanAmalBukitGantang
#N15Trong
PAS Kawasan Bukit Gantang bersama Jabatan Amal dan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) telah meninjau kerosakan yang dialami oleh penduduk beberapa buah kampung, antaranya Kampung Sungai Tinggi, Matang Merbau, Matang Kamunting dan Permatang Raja.
#PASprihatin
#PASKawasanBukitGantang
#JabatanAmalBukitGantang
#N15Trong
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan Haji Rahim Ismail bersama Timbalan dan Naib YDP, Ustaz Zulkefly Ahmed dan Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman mengadakan lawatan sekitar lokasi bencana ribut kelmarin.
Antara lokaliti yang terlibat ialah Kampung Sungai Tinggi, Matang Merbau, Matang Kamunting dan Permatang Raja. Semoga isi rumah mangsa ribut tabah menghadapi ujian ini, ameen.
#PASprihatin
#PASKawasanBukitGantang
#JabatanAmalBukitGantang
#N15Trong
Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan Haji Rahim Ismail kepada 16 ketua isi rumah mangsa ribut.
Turut hadir, Timbalan dan Naib YDP, Ustaz Zulkefly Ahmed dan Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman, pegawai Pusat Khidmat PAS Parlimen Bukit Gantang, Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan Bukit Gantang.
#PASprihatin
#PasukanMenteriAgama
#PASKawasanBukitGantang
#JabatanAmalBukitGantang
#N15Trong
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Zulkefly Ahmed kepada ketua-ketua isi rumah mangsa ribut sekitar Kampung Sungai Tinggi, Matang Merbau, Matang Kamunting dan Permatang Raja.
Semoga mangsa ribut bersabar dengan ujian yang melanda. InsyaAllah, Pusat Khidmat PAS Parlimen Bukit Gantang bersama JPKK PAS sedia membantu urusan permohonan bantuan khas bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
#PASprihatin
#PasukanMenteriAgama
#PASKawasanBukitGantang
#JabatanAmalBukitGantang
#N15Trong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan