1) PRA-PROGRAM
USTAZ HAFIZUL AZIZI BERSAMA WAKIL UPM
MEJA PENDAFTARAN PENERIMA SUMBANGAN SEKOLAH PERNIAGAAN & EKONOMI UPM DAN QSR BRANDS (M) HOLDINGS BERHAD
PENERIMA SUMBANGAN DAN IBUBAPA MENGAMBIL TEMPAT
2) PERASMIAN PROGRAM
UCAPAN PENGERUSI MAJLIS, USTAZ HAFIZUL AZIZI HAJI ABDUL RASHID
UCAPAN WAKIL SEKOLAH PERNIAGAAN & EKONOMI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
UCAPAN WAKIL QSR BRANDS (M) HOLDINGS BERHAD
UCAPAN PERASMIAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA), YB SENATOR DATUK HJ IDRIS BIN HJ AHMAD
DOA KESEJAHTERAAN OLEH YB SENATOR DATUK HJ IDRIS BIN HJ AHMAD
PARA HADIRIN MENADAH TANGAN MENGAMINKAN DOA
PENYAMPAIAN CEK REPLIKA SIMBOLIK PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH ANJURAN UPM & QSR BRANDS
3) PENYAMPAIAN SUMBANGAN DI KEDAI PAKAIAN RIDZUAN, SIMPANG
YB DATUK HJ IDRIS MENYANTUNI SEORANG PELAJAR YANG SEDANG MENCUBA KASUT BAHARUNYA
PENERIMA SUMBANGAN MEMILIH PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MASING-MASING
YB DATUK HJ IDRIS MENYANTUNI SEORANG PELAJAR YANG SEDANG MENCUBA BAJU SEKOLAH BAHARUNYA
YB DATUK HJ IDRIS MEMBANTU SEORANG PELAJAR YANG SEDANG MENCUBA BAJU SEKOLAH BAHARUNYA
4) JAMUAN TENGAHARI DI KENTUCY FRIED CHICKEN (KFC), PEKAN SIMPANG
YB SENATOR DATUK HJ IDRIS TIBA DI RESTORAN MAKANAN SEGERA KENTUCY FRIED CHICKEN (KFC) DI PEKAN SIMPANG UNTUK MERAIKAN JAMUAN TENGAHARI BUAT PENERIMA SUMBANGAN
PENERIMA SUMBANGAN DISANTUNI YB SENATOR DATUK HJ IDRIS SEWAKTU JAMUAN TENGAHARI DI RESTORAN MAKANAN SEGERA KENTUCY FRIED CHICKEN (KFC) DI PEKAN SIMPANG TAJAAN QSR BRANDS
PENERIMA SUMBANGAN MENIKMATI JAMUAN TENGAHARI DI RESTORAN MAKANAN SEGERA KENTUCY FRIED CHICKEN (KFC) DI PEKAN SIMPANG TAJAAN QSR BRANDS
Pelajar asnaf terima sumbangan awal persekolahan tajaan UPM, QSR Brands bernilai RM50,000
28 Februari 2022 - Nur
BUKIT GANTANG : Seramai 50 pelajar sekolah menengah dari keluarga asnaf menerima sumbangan kelengkapan persekolahan bernilai RM50,000 yang dianjurkan oleh Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) dan QSR Brands (M) Holdings Berhad.
Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad di perkarangan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang dekat sini, semalam.
Dalam ucapannya, Idris mengucapkan terima kasih kepada pihak UPM dan QSR Brands (M) Holdings Berhad di atas sumbangan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak asnaf di Parlimen Bukit Gantang.
"Hari ini ramai di kalangan golongan B40 (pendapatan isi rumah bulanan berjumlah RM4,850 dan ke bawah) bergelut untuk menyiapkan persiapan persekolahan dan menyara keluarga berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah dengan penularan virus Covid-19 yang tidak berkesudahan.
"Untuk itu pada tahun ini, seramai 1,320 pelajar di Parlimen Bukit Gantang telah menerima sumbangan yang bernilai lebih RM100 ribu dalam menyediakan kelengkapan awal persekolahan.
Beliau turut bercadang untuk menaja rangkaian internet secara percuma di Masjid dan Surau di sekitar Bukit Gantang untuk kemudahan pelajar-pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
Idris berkata, pendidikan harus menjadi keutamaan bagi setiap ibubapa kerana dengannya kita dapat meningkatkan status hidup diri dan keluarga kita.
"Di atas kesedaran itu, UPM dan QSR Brands (M) Holdings Berhad telah melaksanakan satu tanggungjawab sosial yang besar manfaatnya. Saya juga mencadangkan agar dianjurkan kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan untuk anak-anak yang telah tamat persekolahan", ujarnya.
Turut hadir, Pemangku Ketua Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Berhad, Hayazi Darus, Ketua Projek Bantuan Persekolahan Anak-Anak Asnaf, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM, Profesor Madya TS Dr. Anuar Shah Bali Mohamed dan Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Zulkefly Ahmed.
Pada program tersebut, para pelajar telah dibawa membeli-belah kelengkapan persekolahan di Kedai Pakaian Ridzuan, Simpang. Program diakhiri dengan jamuan tengahari tajaan QSR Brands (M) Holdings Berhad di restoran makanan segera Kentucy Fried Chicken, Simpang.
Dalam pada itu, ibubapa pelajar melahirkan rasa syukur di atas sumbangan yang diterima dan mengucapkan terima kasih di atas usaha semua pihak menjayakan program ini.
Aini Idris dari Kampung Sendok Tengah berbesar hati apabila dua orang anaknya, Nor Haziqah Abdullah,15, dan Nor Batrisyia,14, dapat melengkapkan persiapan awal persekolahan hari ini.
"Terima kasih kepada YB dan semua pihak yang menyumbang. Ia meringankan beban perbelanjaan keluarga saya dalam menyiapkan kelengkapan persekolahan mereka", katanya.
Musaimir Badaruddin dari Taman Yayasan, Kamunting bersyukur apabila tiga daripada enam anaknya terpilih untuk menerima sumbangan daripada UPM dan QSR Brands (M) Holdings Berhad.
Beliau yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, tahun ini lima orang anak saya bersekolah. Memang besar perbelanjaan yang perlu disediakan setiap kali pembukaan sekolah.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada Ustaz Idris dan para penyumbang kerana ia sangat-sangat membantu saya sekeluarga melengkapkan persiapan persekolahan anak-anak saya", katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan