Jumaat, 25 Februari 2022

JUMAAT, 25 FEBRUARI 2022 : PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA CALON SPM & STAM PARLIMEN BUKIT GANTANG

 


🎓 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad tiba dari Putrajaya jam 9.00 pagi ini bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Calon SPM & STAM 2021 Parlimen Bukit Gantang.








🎓 Ucapan alu-aluan Timbalan Pengawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Zulkefli Mastor.



🎓 1,010 calon SPM dan STAM Parlimen Bukit Gantang terima sumbangan khas

25 Februari 2022 - Jaudin M Amin

BUKIT GANTANG : Seramai 1,010 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seluruh Parlimen Bukit Gantang menerima sumbangan khas bernilai RM50,500. 

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad pada satu majlis ringkas di bandar Simpang, dekat sini pagi ini.

Dalam ucapannya, Idris mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM dan STAM serta mendoakan supaya mereka memperolehi pencapaian cemerlang.

"Walaupun mereka belajar dalam suasana pendamik Covid-19 yang memuncak, namun saya yakin kejayaan cemerlang boleh direalisasikan dengan usaha gigih para pelajar, bantuan guru-guru yang berdedikasi dan doa daripada para ibubapa. 

"Semoga sumbangan ini dapat menjadi perangsang kepada para pelajar untuk mencipta kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang dihadapi.

Dalam pada itu, Idris kagum dengan kesungguhan guru-guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana tidak menentu akibat penularan virus Covid-19 yang semakin tinggi.

"Dunia pendidikan tidak dapat dipisahkan dalam hidup saya. Saya memahami cabaran besar yang dihadapi oleh guru-guru dalam dunia pendidikan hari ini terutama dalam suasana pendamik Covid-19.

"Terima kasih sumbangan para guru yang gigih mendidik anak-anak bangsa samada secara bersemuka atau secara atas talian. Ingatlah, ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru sekalian adalah amal jariah yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah", ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Pengawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Pengurusan Sekolah, Haji Zulkefli Mastor, Ahli Majlis Perbandaran Taiping, Tuan Haji Rahim Ismail dan Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman.

Hadir sama, Pengetua dan Penolong Kanan yang mewakili lapan buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan tiga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Parlimen Bukit Gantang.

Pada majlis tersebut, Idris menyampaikan cek replika bernilai RM50,500 sebagai simbolik penyampaian sumbangan kepada wakil Pejabat Pendidikan Daerah, Haji Zulkefli Mastor.

https://www.facebook.com/pasbukitgantang/posts/324916286348480





🎓 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad menyampaikan cek replika bernilai RM50,500 sebagai simbolik Penyampaian Sumbangan Kepada Calon-Calon SPM & STAM 2021 kepada Timbalan Pengawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Zulkefli Mastor.






🎓 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad menyampaikan sumbangan kepada Pengetua dan Penolong Kanan dari lapan buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan tiga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).








🎓 ISU PERTUKARAN AGAMA, PELAKSANAAN SOP DI MASJID DAN PERBEZAAN PENDAPAT ASATIZAH WARNAI SIDANG MEDIA BERSAMA YB MENTERI JPM (HAL EHWAL AGAMA)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan