Isnin, 28 Februari 2022

AHAD, 27 FEBRUARI 2022 : SUMBANGAN BACK TO SCHOOL (BTS) 2022 PERINGKAT DUN CHANGKAT JERING

PROGRAM PERTAMA : PUSAT TARBIAH PAS KAWASAN, KAMPUNG BUKIT CHEMPEDAK - 8.30 PAGI

 

PENDAFTARAN

JABATAN AMAL MALAYSIA

KETIBAAN YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD

KETIBAAN YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS DISAMBUT TIMBALAN YDP PAS KAWASAN, USTAZ ZULKEFLY AHMAD

URUSETIA PROGRAM

PENGERUSI MAJLIS, USTAZHAFIZUL AZIZI HJ ABDUL RASHID






UCAPAN TIMBALAN YDP PAS KAWASAN, USTAZ ZULKEFLY AHMED



YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD


UCAPAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA), YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad berkata, "Selain mengejar ilmu duniawi, ibubapa jangan sesekali mengabaikan ilmu akhirat dan memastikan anak-anak mendirikan solat, boleh membaca Al-Quran serta faham mengenai fardhu ain dan kifayah.


"Semoga ilmu yang diperolehi oleh anak-anak kita dapat melahirkan insan yang berguna untuk masyarakat dan negara. Ibarat benih yang baik, dibuang ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit". - YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad


Sumbangan dalam bentuk baucer diharap dapat meringankan keluarga B40 dalam menyediakan kelengkapan persekolahan pada sesi 2022. - YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad


"Kejar ilmu dunia, tapi jangan lupa bekalan ilmu untuk akhirat" - YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad




DOA KESEJAHTERAAN OLEH YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD




PENYAMPAIAN SUMBANGAN OLEH YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD
















PENYAMPAIAN BAUCER BTS OLEH URUSETIA KEPADA PENERIMA SUMBANGAN




MOHAMAD KHOLIDI ISMAIL,49, DAN ANAKNYA, NURALIA NAJWA MOHAMAD KHOLIDI DARI KAMPUNG PECAHBATU, JELUTONG ANTARA PENERIMA SUMBANGAN BTS 2022


PROGRAM KEDUA : DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG AIR KUNING - 2.00 PETANG


KAUNTER PENDAFTARAN


KETIBAAN YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD



YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS SANTUNI HADIRIN


YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS SANTUNI PENERIMA SUMBANGAN


UCAPAN PENGERUSI MAJLIS, USTAZ FITRI


KEHADIRAN PENERIMA SUMBANGAN


UCAPAN YB DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD




PENYAMPAIAN SUMBANGAN OLEH YB DATUK HAJI IDRIS HAJI AHMAD







"Kejar ilmu dunia, tapi jangan lupa bekalan ilmu untuk akhirat" - Idris

27 Februari 2022 - Jaudin M Amin

BUKIT GANTANG : Ibubapa perlu meletakkan pendidikan anak-anak sebagai keutamaan dalam usaha membina generasi berilmu pengetahuan yang melahirkan modal insan buat ummah dan negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad berkata, "Selain mengejar ilmu duniawi, ibubapa jangan sesekali mengabaikan ilmu akhirat dan memastikan anak-anak mendirikan solat, boleh membaca Al-Quran serta faham mengenai fardhu ain dan kifayah.

Idris yang juga Naib Presiden PAS menyatakan bahawa bidang pendidikan sentiasa menjadi perhatian dan keutamaannya dalam memastikan setiap rakyat berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.

"Alhamdulilah, tahun ini kita dapat meneruskan program ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibubapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan pada sesi hadapan.

"Semoga ilmu yang diperolehi oleh anak-anak kita dapat melahirkan insan yang berguna untuk masyarakat dan negara. Ibarat benih yang baik, dibuang ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit".

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Sumbangan Back To School 2022 Peringkat DUN Changkat Jering, di Pusat Tarbiah PAS Kawasan Bukit Gantang, Kampung Bukit Chempedak, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Zulkefly Ahmed dan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kawasan, Hajjah Norzuhrah Abu Bakar.

Program tahunan PAS Kawasan Bukit Gantang ini turut dilaksanakan di DUN Kuala Sepetang melibatkan 388 penerima manakala 330 pelajar dari DUN Trong telah menerima sumbangan minggu lalu. Baki 148 pelajar dari DUN Changkat Jering pula akan menerima sumbangan di Dewan Orang Ramai Kampung Air Kuning pada sebelah petang.

Dalam pada itu, para penerima sumbangan melahirkan kesyukuran di atas bantuan yang dihulurkan oleh pihak PAS Kawasan Bukit Gantang.

Nurina Husin, 35, berterima kasih kepada pihak PAS Kawasan yang menyenaraikan anaknya, Mariam Zahra Sibitar, 7, sebagai penerima sumbangan.

"Anak saya akan memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Jelutong, Changkat Jering. Sebagai ibu tunggal yang tidak bekerja, sumbangan ini amat bermakna kepada saya sekeluarga lebih-lebih lagi ini adalah tahun pertama persekolahan buat anak saya," katanya.

Mohamad Kholidi Ismail,49, mengucapkan rasa syukur di atas sumbangan yang diterima dan ia membantu persiapan awal persekolahan anaknya, Nuralia Najwa Mohamad Kholidi, 14. 

Anak saya merupakan penuntut di SABK Addiniah, Jelutong akan melangkah ke Tingkatan Tiga tahun ini. Dengan sumbangan ini, ia meringankan perbelanjaan saya dalam menyediakan persiapan persekolahannya.