JUMAAT, 23 APRIL 2021 - Rundingan agihan kerusi Bersatu, PAS capai 30 peratus: Ahmad Faizal
KUALA LUMPUR - Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan PAS bagi Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) kini mencapai 30 peratus dan dijangka diselesaikan secepat
mungkin.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
berkata, perkembangan itu melibatkan rundingan agihan kerusi bagi kawasan di
Semenanjung dan pada masa sama, rundingan dengan rakan komponen Perikatan
Nasional (PN) yang lain khususnya di Sabah juga diteruskan.
JUMAAT, 23 APRIL 2021 - Darurat bukan lagi isu, Agong cerminkan bijaksana
RASA tidak puas hati terhadap sebarang polisi dan
pendekatan Jamaah Menteri pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah
tidak wajar lagi dikaitkan dengan perisytiharan darurat oleh KDYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Darurat diisytiharkan oleh SPB Agong di bawah Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan adalah untuk memenuhi keperluan kuasa yang diperlukan
oleh pihak Eksekutif bagi melaksanakan fungsi kuasa mereka lebih berkesan dan
pantas. Lain-lain sumber kuasa adalah seperti termaktub dalam Ordinan Darurat
(Kuasa-kuasa Perlu) 2021 untuk menangani wabak COVID-19.
KHAMIS, 22 APRIL 2021 - Halangan politik punca Kelantan lambat membangun
BIARPUN kedudukan Kelantan begitu strategik berhampiran
Indochina, namun peluang itu tidak dimanfaat memandangkan perbezaan politik
antara negeri dan pusat.
Sedangkan Indochina yang meliputi Kempuchea, Loas dan
Vietnam sebagai lokasi utama tumpuan pelabur. Namun sekarang Kelantan berbeza
apabila berada sebaris dengan kerajaan pusat di bawah Perikatan Nasional (PN).
KHAMIS, 22 APRIL 2021 - Kenyataan Mahathir provokasi cetus kemarahan
KUALA LUMPUR: Gerakan
Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
provokasi kononnya rakyat sedang marah kepada institusi istana. Pengerusinya,
Mohd Zai Mustafa mempersoalkan kenyataan bekas perdana menteri itu berhubung
sumber data digunakan Mahathir sebagai membuktikan rakyat mula marah kepada
istana.
“Beliau tidak mengemukakan apa-apa kajian atau bukti
kepada apa yang dikatakan.
KHAMIS, 22 APRIL 2021 - Politik Malaysia bergolak setiap sedekad
KOTA BHARU: Sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga
sekarang memperlihatkan politik di Malaysia bergolak setiap tempoh satu dekad. Pada
1969 Malaysia berdepan dengan peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan ramai
rakyat menjadi korban ekoran tragedi perkauman.
Sekitar 10 tahun selepas itu iaitu pada 1978 berlaku
pergolakan politik di Kelantan sehingga kerajaan PAS tewas kepada Barisan
Nasional (BN) yang berganding dengan Berjasa.
KHAMIS, 22 APRIL 2021 - Tulisan Mahathir cenderung menghasut rakyat – UMMAH
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan membuat
satu laporan polis berhubung tulisan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang dikongsi menerusi Facebook beliau.
Tulisan itu menggambarkan kecenderungan untuk menimbulkan
perasaan curiga, menghasut dan cuba mempersoalkan tindakan-tindakan yang Yang
di-Pertuan Agong (YDPA).
KHAMIS, 22 APRIL 2021 - Politik Islam untuk anak muda
PENGHAYATAN terhadap Islam amatlah penting buat para
pemuda Islam yang beriman. Islam adalah sebagai ad-Din yang bersifat syumul
meliputi seluruh perihal kehidupan manusia termasuklah politik:
RABU, 21 APRIL 2021 - 'Beri ruang kerajaan PN buat kerja sewaktu darurat'
SHAH ALAM - Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)
UMNO menggesa badan tertinggi parti itu memberi ruang kepada kerajaan Perikatan
Nasional (PN) untuk bekerja sepanjang tempoh darurat dahulu sebelum memutuskan
tempoh menarik sokongan terhadapnya.
Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Razali
Ibrahim berkata, beliau berharap mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO
yang bakal diadakan pada 25 April ini akan lebih menumpukan kepada perbincangan
bagi memuktamadkan proses pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Jun
ini.
RABU, 21 APRIL 2021 - PAS sedia jadi orang tengah selesai kemelut UMNO-Bersatu
PASIR PUTEH - PAS bersedia untuk menjadi orang tengah
bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan
pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi
Salleh berkata, pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik pertemuan
yang boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh kedua-dua pihak terbabit.
SELASA, 20 APRIL 2021 - Tiga parti Melayu seperti strategi sepak takraw: Takiyuddin
SHAH ALAM - Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan
mengibaratkan tiga parti Melayu iaitu UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) seperti strategi dalam sukan sepak takraw. Menurutnya, dalam
sukan berkenaan, gabungan tiga tonggak yang bersatu hati dan tindakan akan
mencapai kejayaan.
“Begitulah UMNO, PAS dan Bersatu. Bentuk gabungan tekong,
feeder dan killer mantap, bergerak satu pasti maju demi watan dan rakyat
jelata,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya pada Selasa.
[ Disusun oleh Unit Media Baru, Lajnah Penerangan & Media Baru, PAS Kawasan Bukit Gantang ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan