RABU, 21 APRIL 2021 - Kerajaan perluas tanam kenaf secaraintegrasi di Perak
KERAJAAN kini giat mempromosikan penanaman kenaf di
seluruh negara dan Perak merupakan salah satu negeri yang berpotensi serta
berminat untuk memperluaskan tanaman komoditi berkenaan. Program penanaman
kenaf di negeri ini adalah bertujuan untuk mempromosikan komoditi itu sebagai
sumber ekonomi dan pendapatan baharu kepada penduduk setempat dengan memberikan
tumpuan kepada kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan.
Bagi tahun ini, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)
mensasarkan tanaman kenaf di Perak seluas 80 hektar. LKTN telah mengenal pasti
dua kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai projek perintis tanaman
kenaf iaitu di Lambor, Perak Tengah dan Slim River, Muallim.
RABU, 21 APRIL 2021 - Wanita PN Perak fokus semarakkanaktivti kebajikan
IPOH: Wanita Perikatan Nasional (PN) Perak akan terus
memperkukuh kerjasama sedia ada dalam PN, demikan jelas Naib Ketua 1 PN Perak,
Dr Najihatussalehah Ahmad.
Jelas Dr Najihah, kerjasama yang terjalin itu akan
memandu hala tuju Wanita PN Perak agar terus fokus meningkatkan gerak kerja
parti di setiap peringkat sekaligus mendukung kerajaan sedia ada di bawah
pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Alhamdulillah sebelum ini kita (juga) telah mengadakan
pertemuan seperti ini. Kini tiba giliran PAS sebagai tuan rumah.
RABU, 21 APRIL 2021 - Tiada unsur aniaya, pelajardikompaun tidak pakai pelitup muka
BATU GAJAH: Tiada unsur penganiayaan terhadap enam
pelajar Kolej Matrikulasi Perak di sini yang dikenakan kompaun RM1,500 oleh
pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka, kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata pegawai penguat kuasa KKM
yang mengeluarkan kompaun tersebut hanya menjalankan tugas bagi memastikan
prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi untuk mengekang penularan COVID-19.
RABU, 21 APRIL 2021 - Exco tinjau kerja-kerjaveterinar di Ladang Infoternak
SUNGAI SIPUT: Pengerusi Jawatankuasa Perladangan,
Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Razman Zakaria menghadiri program
Lawatan Kerja dan Majlis Berbuka Puasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
Perak di Ladang Infoternak, di sini kelmarin.
Ladang tersebut mula ditubuhkan pada tahun 1972 yang mana
pada ketika itu ia diberi nama sebagai pusat ternakan dan demonstrasi haiwan,
dan telah dirasmikan pada tahun 1980 oleh Almarhum Sultan Idris Shah yang
kemudiannya dikenali sebagai Pusat latihan ternakan.
SELASA, 20 APRIL 2021 - Pemuda PAS Perak jayakanagenda Perpaduan Ramadan
IPOH: Perpaduan dan kerjasama dalam berbuat kebaikan
sangat dituntut dalam Islam bagi memastikan kesejahteraan hidup masyarakat
berterusan lebih-lebih lagi melibatkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Justeru itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad
Faisal Mohd Puait bersama pimpinan harian Dewan Pemuda PAS Perak mengadakan
kunjungan ke Pejabat Majlis Belia Negeri (MBN) Perak di Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Perak di sini, hari ini.
SELASA, 20 APRIL 2021 - Ops Keselamatan MakananRamadan jamin kebersihan makanan
BATU GAJAH: Penjaja Bazar Ramadan di seluruh Negeri Perak
diingatkan supaya sentiasa mematuhi elemen kebersihan, keselamatan makanan dan
menjual makanan yang bersih kepada orang awam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar,
Sains dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal Kamarudin, satu siri Operasi
Keselamatan Makanan Bulan Ramadan peringkat Negeri Perak sedang dijalankan
bermula 13 April hingga 12 Mei.
ISNIN, 19 APRIL 2021 - Tindakan pantas, tangkas SKMMdan PDRM
KETANGKASAN pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKMM) serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sangat wajar dipuji. Isu yang
tular sejak baru-baru ini mengenai satu iklan video raya yang mempromosikan
judi telah berjaya diatasi susulan penahanan dilakukan pihak berkuasa atas
laporan yang dibuat.
Ternyata, tindakan yang diambil oleh pihak PDRM dan SKMM
dalam mendepani masalah ini amat cepat dan tidak menunggu masa yang lama. Isu
ini bukanlah isu remeh yang boleh diambil enteng oleh masyarakat terutamanya di
negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.
ISNIN, 19 APRIL 2021 - Ustazah Nuridah santuni asnafdi Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR: Muslimat PAS Malaysia telah menghantar
bantuan sumbangan kepada golongan asnaf pada program Semarak Kasih Ramadan di
Kompleks PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan, di sini baru-baru ini
Program dengan kerjasama Muslim Care Malaysia (MCM) dan
Pertubuhan Muslim Professional (IMProf) ini merupakan inisiatif membantu serta
menggembirakan golongan kurang berkemampuan terutamanya di bulan ini.
ISNIN, 19 APRIL 2021 - CSR JAS Perak santuni anakyatim sempena Hari Bumi
TAPAH: Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Mohd Akmal Kamrudin
meluangkan masa menyantuni anak yatim dalam program Santuni Asnaf CSR Ramadan
di Mydin RTC Gopeng, di sini kelmarin. Program anjuran Jabatan Alam Sekitar
(JAS) Negeri Perak ini diadakan sebagai menghayati Ramadan yang diadakan juga
bersempena dengan Sambutan Hari Bumi Sedunia 2021.
Dalam ucapannya beliau berkata, anak yatim merupakan
golongan mesti dibela berdasarkan nas al Quran dan Hadis, bahkan, Baginda Nabi
S.A.W menyuruh umat Islam supaya menyantuni mereka.
ISNIN, 19 APRIL 2021 - Seribu asnaf Kubu Gajah disasarsumbangan Ramadan
LARUT: ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya mensasarkan
seribu asnaf dapat disantuni melalui program secara berperingkat yang akan
dijalankannya sepanjang Ramadan tahun ini.
“Program Santuni Seribu Asnaf DUN Kubu Gajah ini
merupakan inisiatif Pusat Khidmat ADUN untuk membantu masyarakat sekitar
menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang lebih baik dan selesa,” ujar beliau.
[ Disusun oleh Unit Media Baru, Lajnah Penerangan & Media Baru, PAS Kawasan Bukit Gantang ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan