SABTU, 24 APRIL 2021 – 483 TERIMA SUMBANGAN PAS KAWASAN KEMAMAN
PAS Kawasan Kemaman yang diketuai oleh YB Ustaz Alias Abd
Hamid menyampaikan sumbangan kepada 483 orang yang terdiri daripada guru PASTI,
guru Pusat Pengajian Taman Islam, guru Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa, guru
pondok dan guru Tamayyuz.
SABTU, 24 APRIL 2021 - SI KECIL DERITA, BANTUAN SEGERA DISALURKAN
Meruntun jiwa melihat keadaan anak kecil ini Wan
Zulkarnain Wan Ahmad, dua bulan yang mengalami masalah ketiadaan saluran najis.
Bayi ini menderita keadaan ini sejak lahir dan turut mengalami masalah lain di
mana telah menjalani pembedahan jantung ketika baru berusia satu bulan.
Buat sementara bantuan tunai segera disalurkan manakala
bantuan-bantuan sewajarnya yang lain pihak Pejabat DUN Langkap akan uruskan
bagi meringankan beban keluarga ini.
SABTU, 24 APRIL 2021 - DR KHAIRUDDIN AGIH INFAQ RAMADHAN KEPADA ASNAF DAN ANAK YATIM KUALA NERUS
KUALA NERUS – Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak
yatim dan asnaf dari Kuala Nerus apabila menerima sumbangan Infaq Ramadhan
serta bakul barangan asas yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr
Mohd Khairuddin bin Aman Razali.
Seramai 200 orang anak yatim dan asnaf dari Kuala Nerus
yang merangkumi 25 orang anak yatim dan 25 orang asnaf dari setiap 4 buah DUN
dalam Kuala Nerus telah menghadiri majlis penyerahan sumbangan dan majlis
berbuka puasa bersama Yang Berhormat
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
JUMAAT, 23 APRIL 2021 - Pelbagai tarikan jadikan PPAT mesra pengunjung
KUALA TERENGGANU: Bagaikan berada di sebuah kompleks
beli-belah sebaik melangkah masuk ke Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
(PPAT) yang terletak di Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Perasaan teruja dan kagum itu pasti dirasai semua
pengunjung PPAT dek kerana banyaknya kemudahan canggih yang disediakan di
bangunan yang tersimpannya puluhan ribu khazanah ilmu itu.
KHAMIS, 22 APRIL 2021 - 600 Nelayan Terengganu Terima Lesen
BESUT, 22 April - Sebanyak 600 Lesen Sampan Khas diluluskan
ibu pejabat Jabatan Perikanan Malaysia buat nelayan-nelayan negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan,
Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr. Azman Ibrahim berkata,
Terengganu menjadi negeri pertama yang menerima kelulusan lesen dengan jumlah
sebanyak itu.
RABU, 21 APRIL 2021 - Kadar Kebolehjangkitan COVID-19Terengganu Mula Reda
KUALA TERENGGANU, 21 April - Kadar kebolehjangkitan (Rt)
COVID-19 di Terengganu kini mengalami penurunan kepada 1.15 setelah direkodkan
menjadi negeri dengan kadar nilai tertinggi di Malaysia, baru-baru ini.
Menurut statistik yang dikeluarkan Ketua Pengarah
Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Terengganu masih antara negeri
dengan kadar Rt melebihi 1 diikuti Selangor and Sabah (1.10), Johor and Kedah
(1.09), Melaka (1.06), and Pahang (1.0).
RABU, 21 APRIL 2021 - RM30 Ribu Dana Istimewa Untuk FakirMiskin
MARANG, 21 April - Seramai 300 penduduk di daerah ini
terpilih menerima dana istimewa sempena Ramadan berupa pemberian secara
langsung daripada Ahli Parlimen Marang.
Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban mereka yang
memerlukan. Katanya selain dana tersebut, turut diagihkan adalah bantuan berupa
barangan keperluan hasil sumbangan pelbagai pihak.
RABU, 21 APRIL 2021 - Teknologi digital hasilkan melonmanis berkualiti
DUNGUN: Teknologi Digital Automation yang dipraktikkan di
Ladang Melon Manis Terengganu (MMT) Rimbunan Kaseh, Rantau Abang berjaya
menghasilkan buah secara berterusan dan kualitinya terjamin.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan,
Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim
berkata, menerusi teknologi digital tersebut, kepekatan baja dan pH air dapat
dikawal sepenuhnya berdasarkan pertumbuhan semasa pokok melon.
RABU, 21 APRIL 2021 - Ayam Tin Minyak Aluminium Laris
KUALA NERUS, 21 April -
Ramadan ibarat syurga bagi pembuat makanan atau menu yang unik kerana
masakan mereka sering mendapat perhatian pembeli. Makanan itu juga menjadi
kesukaan ramai kerana 'dicipta' dengan pelbagai teknik khusus termasuklah
dimasak menggunakan pasu, buluh atau tempayan.
Mohd Aisamuddin Razak, 34, dari Kampung Tok Jiring, tidak ketinggalan mencipta keunikan itu
apabila memilih tin minyak alumunium sebagai 'dapur' untuk menyediakan menu
ayam bakar di gerai miliknya di Taman Mahadir, Gong Badak di sini.
SELASA, 20 APRIL 2021 - Hadiah Buat Peniaga Di BazarRamadan
KEMAMAN, 21 April - Jarang peniaga-peniaga di bazar
ramadan diraikan namun, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Kemasik mengambil
satu inisiatif untuk meraikan mereka dengan memberi apron berserta sapu tangan
untuk kegunaan berniaga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful
Azmi Suhaili bersama kakitangan PKM ADUN Kemasik siap menghulurkan hadiah
tersebut buat peniaga seramai 120 orang di bazar Ramadan Kampung Baru Kertih
dan sekitarnya.
KHAMIS, 1 APPRIL2021 - NORMAN HERO MENCARI MANGSA LEMAS
MARANG - Peribahasa kecil-kecil cili api sesuai buat
pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Agama Marang ini yang berani dan
menyertai pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa
lemas di Pantai Jambu Bongkok di sini, hingga ditemui.
KHAMIS, 1 APRIL 2021 - PERMINT PLYWOOD CATAT HASILMEMBANGGAKAN
DUNGUN - Anak syarikat Golden Pharos Berhad, Permint Plywood Sdn Bhd kini mula meraih keuntungan sejak memiliki mesin pengering viner bernilai RM440,000 pada November tahun lalu.
Pengerusi
Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan
Pentadbiran Negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, berkata hasil yang
diperoleh sangat membanggakan selain mampu mengembalikan modal selepas tiga
bulan beroperasi.
KHAMIS, 1 APRIL 2021 - NAIB JOHAN KRT 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN DIRAIKAN
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri sentiasa meraikan dan menyokong usaha Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dalam kejayaan dan pembangunan ekonomi setempat melalui pelbagai penghasilan produk keluaran tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga
dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kejayaan yang dicipta KRT
Kampung Gong Baru dalam meraih Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 sebagai
Naib Johan peringkat kebangsaan adalah tanda tercapai matlamat penubuhannya.
KHAMIS, 1 APRIL 2021 - GUNTING RAMBUT PERCUMA RINGAN BEBAN IBU BAPA
KUALA NERUS - Program Kembali Ke Sekolah, Gunting Rambut Percuma merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha membantu meringankan bebanan masyarakat di luar bandar.
Program dengan
kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menyasarkan
100 orang pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah mengikut kelayakan yang
ditetapkan.
RABU, 31 MAC 2021 - PUSAT PAKAR JANTUNG PERTAMA DIBINA TERENGGANU
KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) akan membuka pusat pakar jantung di Terengganu yang menjadi fasiliti pertama di luar ibu negara sejak ditubuhkan 29 tahun lalu.
Penubuhan pusat pakar jantung itu
dilakukan hasil kerjasama antara IJN dan Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) menerusi pembinaan Hospital Pengajar UniSZA di Gong Badak, Terengganu
yang dijangka mula beroperasi suku pertama tahun depan.
RABU, 31 MAC 2021 - TERENGGANU GERAK SUKARELAWAN KE RUMAH BANTU DAFTAR SUNTIK VAKSIN
MARANG - Kerajaan negeri menggerakkan kira-kira 300 sukarelawan dari rumah ke rumah dan tempat tumpuan awam bagi membantu orang ramai khususnya warga emas mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar
negeri, Dr. Alias Razak berkata, sukarelawan yang terdiri daripada gabungan
beberapa badan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan inisiatif kerajaan bagi
meningkatkan kadar pendaftaran vaksin COVID-19 di negeri ini yang masih rendah.
RABU, 31 MAC 2021 - PENTERNAK KERAPU HYBRID LEGA KERAJAAN HULUR BANTUAN
SETIU - Penternak ikan kerapu hybrid yang terkesan dengan peralihan monsun timur laut baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.
Shaharizukirnain berkata, ramai golongan
terbabit yang mengalami kerugian termasuk kematian ternakan diberi bantuan agar
kesusahan dapat diringankan.
SELASA, 30 MAC 2021 - TERENGGANU AGIH TABLET PERCUMA UNTUK PELAJAR
KUALA TERENGGGANU - Sebanyak 1,600 tablet sedang diagihkan secara berperingkat kepada pelajar terpilih bagi membantu melancarkan proses pembelajaran mereka sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Agihan secara
percuma itu antara peruntukan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021
berjumlah RM19 juta untuk tujuh insentif. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan
Syariah, Pendidikan, dan Pendidikan Tinggi negeri, Saiful Bahari Mamat berkata,
sebanyak 15 tablet telah diagihkan pada hari ini sebagai tanda simbolik.
SELASA, 30 MAC 2021 - 238 RMM BAKAL DIBINA DI BUKIT GASING
MARANG - Sebanyak 238 Rumah Mampu Milik (RMM) akan dibina di atas tanah seluas 7.36 hektar di Kampung Bukit Gasing di sini dalam masa terdekat.
Pengerusi, Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan
Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak berkata, PBH Trading & Contraction
Sdn. Bhd merupakan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek dengan
harga kontrak RM34 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
ISNIN, 29 MAC 2021 - SATIFUL LEGA PESERTA TERKILAN RTB DI PAKA TERIMA GERAN
DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat menarik nafas lega melihat 81 peserta tanah terkilan di kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan menerima geran tanah masing-masing, baru-baru ini.
“Ini merupakan program pertama yang melibatkan pemberian geran Rancangan
Tanah Berkelompok (RTB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka dan baki-baki
yang tinggal kita akan selesaikan sedikit demi sedikit dengan segera.
AHAD, 28 MAC 2021- TERENGGANU SALUR RM5.9 JUTA UNTUK LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
KUALA TERENGGANU – Pemberian lesen motosikal percuma kepada belia kurang berkemampuan di negeri ini disifatkan sebagai bantuan yang cukup bermakna dalam kehidupan setiap anak muda meskipun nilainya kecil bagi segelintir pihak.
Penerima, Rabiatul Adawiyah Mohd Sukri, 16, berkata, program
Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang diperkenalkan kerajaan negeri
sejak 2019 merupakan sesuatu yang positif dalam meringankan beban anak muda
yang tiada sumber pendapatan.
AHAD, 28 MAC 2021 - 12 PENYELIDIK TERIMA GERAN KERAJAAN NEGERI
KUALA TERENGGANU - Seramai 12 kumpulan penyelidik dari tujuh Universiti Awam (UA) di negara ini terpilih untuk menerima Geran Penyelidikan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 2021 dalam majlis yang diadakan pada hari ini.
Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Mohd Nor Hamzah berkata, Kerajaan Terengganu
menyediakan dana berjumlah RM274,100 bertujuan untuk penghasilan penyelidikan
dan pembangunan dasar awam yang strategik dan berimpak tinggi.
AHAD, 28 MAC 2021 - HASRAT MILIKI RUMAH, TANAH JADI KENYATAAN
KUALA TERENGGANU - Impian dan hasrat rakyat Terengganu yang benar-benar memerlukan terlaksana satu persatu dengan pelbagai manifesto kerajaan negeri direalisasikan, antaranya termasuklah dengan pembahagian satu unit Rumah Mampu Milik (RMM) dan membuka permohonan tanah baharu dengan terus memberi geran kekal.
Seorang penerima, Muhammad Safwan Abidin, 28, dari Bandar
Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, menyifatkan rezekinya menerima kunci RMM
sebagai hadiah yang tidak ternilai baginya kerana impian untuk memiliki rumah
sendiri akhirnya tercapai.
AHAD, 28 MAC 2021 - KETENGAH SERAH 120 GERAN HAK MILIK RUMAH
DUNGUN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menyerahkan suratan hak milik (geran) kepada 120 orang pemilik rumah kos rendah melibatkan kos berjumlah RM3,000,000.
Pengerusinya, Dato’ Razali Idris berkata penyerahan melibatkan penghuni yang
telah melangsaikan bayaran harga rumah iaitu Bandar Al Muktafi Billah Shah
(AMBS) 37 orang, Bukit Besi (14), Ketengah Jaya (14), Seri Bandi (27) dan Ceneh
Baharu serta Kampung tradisi lima orang.
AHAD, 28 MAC 2021 - PENDAPATAN SUKU KEEMPAT TDM MELONJAK 14 PERATUS
KUALA TERENGGANU - Pendapatan Suku Keempat 2020 TDM Berhad melonjak sebanyak 14 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu kepada RM129.7 juta daripada RM114.1 juta. TDM dalam satu kenyataan berkata, bagi tahun berakhir 31 Disember 2020, TDM mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM9.1 juta berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
“TDM juga
merekodkan pendapatan sebanyak RM442.9 juta bagi tempoh 12 bulan, peningkatan
sebanyak 4 peratus berbanding RM425.1 juta pada tempoh yang sama di tahun
sebelumnya,” jelas TDM.
[ Disusun oleh Unit Media Baru, Lajnah Penerangan & Media Baru – PAS Kawasan Bukit Gantang ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan