SELASA, 20 APRIL 2021 - Caj air: Tohmahan FB pembangkang tersasar jauh
KOTA BHARU: Usaha pembangkang hendak memperlekehkan kerajaan negeri tidak kesampaian apabila tohmahan yang ditular di media sosial tersasar jauh daripada isu sebenar.
Terbaru, media sosial dipercayai dimiliki pembangkang mendakwa rakyat Kelantan yang menggali telaga dan boring air bawah tanah boleh didakwa di mahkamah sebanyak RM1,000 sehari bermula perigi itu wujud.
Bagaimanapun sumber kerajaan negeri menjelaskan caj abstraksi air tanah hanya dikenakan bagi bekalan air industri atau komersial. Katanya, Notis Arahan Pematuhan Seksyen 12 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 yang tular bukannya untuk tujuan bekalan air domestik.
SELASA, 20 APRIL 2021 - Covid-19: MAIK arah masjid mukim, surau, musalla ditutup
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan masjid mukim, surau dan musalla ditutup susulan peningkatan kes Covid-19 bermula 21 April ini.
Bagaimanapun Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, masjid negeri, bandar dan jajahan diberi kebenaran bersyarat. Katanya, solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih masih boleh dilaksanakan di masjid bandar dengan menepati 50 peratus daripada kapasiti masjid serta mematuhi penjarakan sosial dua meter.
“Perkara itu mendapat ampun perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V bagi kebenaran solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat terawih di masjid.
SELASA, 20 APRIL 2021 - 500 NGO di Kelantan terima sumbangan Ramadan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyumbang sejumlah RM75,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena bulan Ramadan tahun ini. Peruntukan itu untuk diagihkan kepada 500 NGO di seluruh Kelantan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Zuraidin Abdullah berkata RM25,000 daripadanya sumbangan dalam bentuk bakul Ramadan. Manakala sebanyak RM50,000 pula sumbangan dalam bentuk wang tunai.
ISNIN, 19 APRIL 2021 - Gerak kerja pilihan raya diperluas di peringkat Dun
PASIR PUTEH: Biarpun tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 masih lagi samar, namun gerak kerja pilihan raya perlu digembleng dari sekarang bagi mengelakkan pecutan saat-saat akhir.
Malah gerak kerja ke arah pilihan raya rancak di Kelantan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kursus berkaitan diadakan di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Antaranya PAS Dun Gaal Pasir Puteh turut mengorak langkah awal menganjurkan kursus pilihan raya sebagai persiapan awal menghadapi bahang PRU15.
AHAD, 18 APRIL 2021 - Covid-19: MB seru rakyat solat hajat
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyeru masyarakat agar mengadakan solat hajat di masjid atau kediaman masing-masing sebagai amalan taqarub bagi memohon perlindungan dan membendung penularan wabak Covid-19.
“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua rakyat diminta untuk mengadakan solat hajat di masjid dan kediaman masing-masing dan memberbanyakan bacaan Al-Quran dan bersedekah.
“Mudah-mudahan dengan amalan taqarub tersebut dan dengan keberkatan bulan Ramadan wabak ini dapat dibendung,” kata Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob melalui satu kenyataan, hari ini.
AHAD, 18 APRIL 2021 - Elak hadir di tempat sesak, wabak dalam komuniti
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin mengingatkan rakyat di negeri itu tidak hadir di tempat yang sesak. Pada masa yang sama, beliau mengingatkan rakyat pelbagai peringkat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.
“Covid-19 telah berada dalam komuniti, jangan hadir tempat yang sesak dan patuhi SOP yang ditetapkan demi kebaikan bersama.
AHAD, 18 APRIL 2021 - Operasi PASTI bersemuka di kawasan PKP ditutup
KOTA BHARU: PASTI Negeri Kelantan mengambil keputusan menutup dan menangguh pembelajaran secara bersemuka di semua PASTI yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 hingga 22 April 2021.
Menurut kenyataan pengurusan PASTI Kelantan, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan semasa kes covid-19 di Kelantan sekarang. Oleh itu guru-guru perlu melaksanakan pengajaran secara atas talian (PDPR) sepanjang tempoh tersebut.
AHAD, 18 APRIL 2021 - Kadar respon bancian di Kelantan tertinggi
KOTA BHARU: Kelantan menduduki tempat ketiga yang mencatatkan kadar respon melebihi 60 peratus iaitu 60.9 peratus berkaitan operasi banci Malaysia 2020. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Sri Mustapa Mohamed berkata, sebelum ini negeri itu begitu rendah dalam pencapaian tersebut.
Menurutnya, empat negeri mencatatkan kadar respon melebihi 60 peratus, iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (100 peratus) Johor (65.4 peratus) diikuti Kelantan dan Perak (60.8 peratus).
AHAD, 18 APRIL 2021 - MP Kubang Kerian serah sumbangan RM105,000
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM105,000 kepada semua imam, bilal dan siak di seluruh masjid serta surau di dalam kawasan parlimen itu. Menurutnya, sumbangan itu untuk menghargai tanggungjawab mulia mereka sempena bulan Ramadan al-Mubarak.
Selain itu, beliau turut mengagihkan 500 kit bakul Ramadan yang bernilai RM100 setiap satu kepada mereka yang memerlukan di bawah Parlimen Kubang Kerian.
“Semoga mereka dapat meraikan bulan yang mulia dengan keperluan yang mencukupi. Insya-Allah,” tulisnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.
SABTU, Timbalan menteri ketuai kempen daftar vaksinasi
KOTA BHARU: Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Tumpat bersama Jabatan Penerangan melaksanakan kempen daftar Vaksin Covid-19 dari rumah ke rumah di Kampung Baru Nelayan, Mukim Jubakar Pantai, semalam.
Kempen selama dua jam itu melibatkan 50 pegawai dari pelbagai agensi dan pemimpin masyarakat setempat. Kempen itu diketuai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dato’ Che Abdullah Mat Nawi yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
[ Disusun oleh Unit Media Baru, Lajnah Penerangan & Media Baru, PAS Kawasan Bukit Gantang ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan