Majlis sumbangan "Back To School 20201" hari ini dimulakan dengan penyampaian sumbangan di Dewan Orang Ramai Trong dan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, YB Senator Ustaz Haji Idris Haji Ahmad.
Pada majlis ini, seramai 106 pelajar daripada pelbagai peringkat usia dari Pekan Trong, Sungai Bemban, Kuala Trong & Kampung Salak telah menerima sumbangan beg sekolah.
Turut hadir, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Tuan Haji Rahim Ismail dan Penghulu Mukim Trong, Encik Ashraf Ali Anvar Deen.
Turut serta, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan PAS Kawasan, Urusetia Pusat Khidmat PAS Kawasan Bukit Gantang, Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa PAS Cawangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan