Venue keempat hari ini berlangsung di Pusat Tarbiah PAS Cawangan Kampung Larut Tin, Simpang.
Majlis telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, YB Senator Ustaz Haji Idris Haji Ahmad. Pada majlis ini, seramai 72 pelajar dari pelbagai peringkat usia telah menerima sumbangan beg sekolah.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Zulkefly Ahmed dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Tuan Haji Rahim Ismail.
Turut serta, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan PAS Kawasan, Urusetia Pusat Khidmat PAS Kawasan Bukit Gantang, Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa PAS Cawangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan