Gerakerja membersih kawasan yang dilanda banjir dimulakan sejak malam tadi di Maahad Tahfiz Al-Amin dan tandas Masjid Al-Hasan, Kampung Berhala Gantang.
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman diberi penghormatan menyampaikan Kuliah Subuh diikuti majlis penyampaian sumbangan sejadah.
Malam tadi, para sukarelawan telah menyiapkan 100 pek hamper untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Kampung Berhala Gantang, Temerloh, Pahang.
Beginilah keadaan jalanraya di sekitar Kampung Berhala Gantang. Pastinya, untuk Misi Bantuan Banjir, kenderaan 4x4 paling sesuai untuk program sebegini.
Penyediaan makanan dilakukan sendiri oleh para sukarelawan dan mereka menikmati makanan seadanya.
Salah satu usaha untuk memperkukuhkan dana Maahad Tahfiz Al-Amin adalah dengan mewujudkan kolam mandi awam, Wadi Al-Amin.
Terdapat tiga kolam untuk Muslimin, satu kolam Muslimat dan satu khas untuk kanak-kanak.
Namun, dengan penularan pendamik Covid-19 ditambah pula dengan musim tengkujuh waktu ini, pastilah operasi Wadi Al-Amin terhenti dan kehilangan sumber pendapatan.
Semoga hari esok semakin cerah, tengkujuh berakhir dan Covid-19 berlalu pergi...
Foto :
Ustaz Faisal, Cikgu Shahrul, Ustaz Fendi, Haji Hamdan, Abu Wassem (Solihin), Mohd Fathi, Abang Maza (Anuar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan