Sabtu, 5 Jun 2021

BERITA-BERITA MENARIK HARAKAHDAILY MENGENAI COVID-19

 

5 JUN 2021 : MB, Exco Perak turut sumbang 3 bulan gaji

 

DEWAN Pemuda PAS Perak memuji tindakan MB dan Exco Kerajaan Negeri Perak dan Perdana Menteri serta Kabinet Kerajaan Malaysia menyumbang 3 bulan gaji sebagai tanda kebersamaan bersama rakyat menghadapi COVID-19.

 

Tindakan ini wajar mendapat pujian dan dicontohi oleh ADUN Perak dan Ahli Parlimen Malaysia yang lain. Walaupun kewangan tersebut boleh disalurkan kepada kawasan mereka, namun sumbangan terus kepada Tabung Khas COVID ini menunjukkan tanda kebersamaan hadapi pandemik COVID-19.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/05/mb-exco-perak-turut-sumbang-3-bulan-gaji/

 

5 JUN 2021 : Perikanan termasuk dalam sektor perkhidmatan perlu

 

Sektor perikanan termasuk dalam sektor perkhidmatan perlu di semua peringkat rantaiannya semasa sekatan pergerakan penuh sekarang.

 

Walau bagaimanapun, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi, semua aktiviti yang dilakukan perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/05/perikanan-termasuk-dalam-sektor-perkhidmatan-perlu/

 

5 JUN 2021 : Terengganu sasar capai 80 peratus imuniti kelompok

 

Terengganu menyasarkan dapat mencapai 80 peratus imuniti kelompok dalam pemberian vaksin Covid-19 dalam tempoh lima bulan lagi, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus.

 

Beliau berkata sasaran itu berdasarkan lima strategi yang dirangka jabatan bersama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Terengganu yang sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/05/terengganu-sasar-capai-80-peratus-imuniti-kelompok/

 

5 JUN 2021 : Vaksinasi: Golongan berumur peroleh lebih manfaat

 

Statistik dunia mencatatkan lebih 75 peratus kematian disebabkan Covid-19 yang pada julat umur lebih 65 tahun. Sehingga hari ini, Malaysia mencatatkan sebanyak 603,122 kes Covid-19 dengan 3,182 kes kematian.

 

Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat, Dr Mohd Mazri Yahya berkata, di Malaysia didapati 88 peratus disebabkan pesakit mempunyai penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/05/vaksinasi-golongan-berumur-peroleh-lebih-manfaat/

 

5 JUN 2021 : Kerajaan komited pastikan semua rakyat terus terbela

 

PENGURUSAN krisis dan bencana bukanlah semudah ayat yang diperkata. Tiada krisis dan bencana sebesar Pandemik Covid-19 pernah dialami negara ini. Pandemik ini memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi, perkembangan sektor kewangan dan perbankan, pengangguran dan kesihatan rakyat.

 

Malaysia pernah dilanda krisis keselamatan 13 Mei 1969, krisis kewangan, krisis ekonomi, JE, NIPAH, Bah Kuning dan berbagai krisis dan bencana lagi yang hanya memberi kesan kepada beberapa sektor dan wilayah, tidak menyeluruh seperti pendemik Covid-19.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/05/kerajaan-komited-pastikan-semua-rakyat-terus-terbela/

 

5 JUN 2021 : Pengorbanan jemaah menteri wajar jadi ikutan pembangkang

 

Pengorbanan jemaah menteri dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) sanggup memotong gaji sehingga tempoh tempoh tiga sepatutnya menjadi ikutan wakil-wakil rakyat lain. Namun wakil-wakil rakyat pembangkang nampaknya masih lagi berdolak dalik, di mana ada yang sebut tidak mendapat peruntukan kerajaan pusat.

 

Sedangkan wakil rakyat PAS sejak dahulu lagi membuat potongan bulanan untuk parti di peringkat negeri dan kawasan untuk kebajikan rakyat dan pengurusan.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/05/pengorbanan-jemaah-menteri-wajar-jadi-ikutan-pembangkang/

 

5 JUN 2021 : Slip keputusan SPM diberi selepas keadaan mengizinkan

 

Slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan mengizinkan, kata Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

 

Menurutnya, semua sekolah akan memuat turun dan mencetak slip keputusan SPM 2020 pelajar mereka sebelum jam 10 pagi 10 Jun depan menerusi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT).

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/05/slip-keputusan-spm-diberi-selepas-keadaan-mengizinkan/

 

4 JUN 2021 : Vaksinasi satu usaha menghapus kemudaratan

 

ALHAMDULILLAH, hari ini saya menerima berita bahawa Tuan Guru Haji Abdullah bin Lebai Samah, Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada, Pokok Sena, Kedah telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

 

Saya sendiri, Alhamdulillah telah mendapat suntikan yang pertama, dan insya-Allah 29 Jun nanti akan menerima pula suntikan kali kedua. Para ulamak menyatakan satu kaedah fiqh: “Kemudaratan itu disingkirkan.”

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/04/vaksinasi-satu-usaha-menghapus-kemudaratan/

 

4 JUN 2021 : Rakyat makin sedar untuk terima vaksin Covid-19

 

Kesedaran rakyat untuk menerima vaksin Covid-19 dilihat semakin meningkat. Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit berkata, peratus kehadiran penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) juga semakin baik.

 

“Alhamdulilah, sambutan kepada penerimaan vaksin juga sangat menggalakkan. Peratus kehadiran juga memberangsangkan dan ini membuktikan  kesedaran rakyat untuk divaksinasikan semakin baik,” kata beliau ketika lawatannya ke PPV di Dewan Serba Guna, Guar Cempedak, hari ini.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/04/rakyat-makin-sedar-untuk-terima-vaksin-covid-19/

 

4 JUN 2021 : Kerajaan cadang buka 600 PPV seluruh negara

 

Kerajaan menjangkakan akan mendapat lebih banyak bekalan vaksin pada bulan Jun, Julai dan Ogos bagi membolehkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka serta lebih banyak kaedah vaksinasi dilaksanakan.

 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Ahmad Amzad Hashim berkata, memang dalam perancangan kerajaan bagi menambahkan lagi PPV seluruh negara.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/04/kerajaan-cadang-buka-600-ppv-seluruh-negara/

 

4 JUN 2021 : Saran pembangkang turut bantu rakyat hadapi Covid-19

 

Pembangkang turut disaran membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19 melalui sumbangan ke dalam tabung Akaun Bencana Amanah Negara, kata Ahli Parlimen Pendang, Dato’ Awang Hashim.

 

Menurut Awang, beliau amat bersetuju dan menyokong tindakan barisan jemaah Menteri menyumbang tiga bulan gaji untuk disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan Covid-19.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/04/saran-pembangkang-turut-bantu-rakyat-hadapi-covid-19/

 

4 JUN 2021 : Sumbangan keperluan hargai ‘frontliners’ di HOSHAS

 

Tanggungjawab dan pengorbanan anggota barisan hadapan negara atau ‘frontliners’ dalam melaksanakan tugas ketika ini merupakan jasa terlalu besar demi kepentingan awam dan negara. Tanpa rehat dan sanjungan, mereka sejak lebih setahun telah berkhidmat bertungkus-lumus berjuang bagi menjamin kepentingan nyawa dan ekonomi khususnya dapat terjaga dengan sebaik mungkin.

 

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh dalam bersolidariti dan sebagai menyatakan penghargaan atas semua itu telah menyampaikan sumbangan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/04/sumbangan-keperluan-hargai-frontliners-di-hoshas/

 

4 JUN 2021 : Tidak mahir teknologi, tiada pengangkutan punca gagal PICK

 

Tidak mahir menggunakan aplikasi MySejahtera serta masalah pengangkutan menjadi punca kebanyakan warga emas di negara ini gagal mengikuti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

 

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Dr Rosni Adam berkata, kebolehcapaian golongan ini untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 amat terhad berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang mana mereka ini tiada sesiapa yang berdekatan untuk membantu memudahkan urusan berkenaan.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/04/tidak-mahir-teknologi-tiada-pengangkutan-punca-gagal-pick/

 

4 JUN 2021 : ‘Saya sokong tindakan undang-undang ke atas antivaksin’

 

Pendakwah dan penceramah bebas, Dr Riduan Mohd Nor menyatakan sokongannya atas usaha kerajaan untuk mengkaji atau mengambil tindakan undang-undang ke atas golongan anti-vaksin.

 

Menurutnya, langkah tersebut dilihat relevan memandangkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberi penerangan dan mendidik rakyat mengenai keperluan vaksin kurang mendapat sambutan sebelum ini.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/04/saya-sokong-tindakan-undang-undang-ke-atas-anti-vaksin/

 

4 JUN 2021 : Yakin, tindakan kerajaan demi kebaikan rakyat

 

Ahli Parlimen Pendang, Dato’ Awang Hashim yakin langkah kerajaan mengkaji keperluan untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan anti-vaksin adalah demi kebaikan rakyat Malaysia.

 

Menurutnya, beliau menyokong langkah tersebut melihat kepada keperluan mencapai imunisasi berkelompok (herd immunity) selain mengatasi pelbagai kekeliruan maklumat yang diterima rakyat.

 

https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/04/yakin-tindakan-kerajaan-demi-kebaikan-rakyat/

 

[ Disusun oleh Unit Media Baru, Lajnah Penerangan & Media Baru, PAS Kawasan Bukit Gantang ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan