SELASA, 22 JUN 2021 : Lagi keluarga di Sheikh Jarrah kena halau
Baitulmaqdis: Penindasan Israel terhadap masyarakat
Palestin masih belum berhenti dengan kelmarin, ada lagi keluarga di Sheikh
Jarrah menjadi sasaran pengusiran. Agensi Anadolu melaporkan, saksi mendakwa keluarga
berkenaan yang menetap di wilayah timur diduduki Israel itu diserang dengan
belantan dan dilarang daripada memasuki kediaman mereka.
Penguat kuasa itu juga didakwa menggunakan kekerasan
untuk menyuraikan wartawan dan penduduk Palestin lain yang berada di kawasan
itu bagi menyokong keluarga yang diancam pengusiran. Sementara itu, pasukan
keselamatan Israel pula menyerbu sebuah rumah di kejiranan sama dan menyerang
penduduknya.
ISNIN, 21 JUN 2021 : Penduduk Palestin di Sheikh
Jarrah diserang lagi