Rabu, 3 Februari 2021

SELASA, 2 FEBRUARI 2021 - ZIARAH ASNAF BERSAMA YB SENATOR USTAZ IDRIS HAJI AHMAD - DUN KUALA SEPETANG

 

PKP 2.0 : PAS Kawasan,JPKK sumbang bakul makanan kepada asnaf

Selasa, 2 Februari 2021

BUKIT GANTANG - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Bukit Gantang bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turun padang bagi menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf dan B40 yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) waktu ini.

Seramai 10 penerima dari Kampung Batu 8 dan 10 penerima lagi Kampung Kepala Bukit telah menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, YB Senator Ustaz Idris Haji Ahmad pagi tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua, Haji Rahim Ismail dan Ahli-ahli JPKK PAS Kawasan Bukit Gantang. Majlis penyampaian sumbangan diadakan dengan mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ustaz Idris turut meluangkan masa menziarahi seorang pengawal keselamatan yang mengalami lumpuh sejak dua minggu lalu. Amsan bin Halus yang tinggal di Kampung Pak Dollah tidak dapat lagi bekerja dan menjejaskan kehidupan beliau sekeluarga.

Kesempitan yang dialami Amsan sekeluarga sedikit terubat apabila Ustaz Idris telah menyemak nama Amsan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan mendapati beliau layak mendapat manfaat pencen ilat. PAS Kawasan turut menyampaikan sedikit sumbangan dan mengharapkan keluarga Amsan tabah menghadapi ujian yang tidak terduga ini.

Kesulitan yang dihadapi oleh seorang warga emas di Kampung Kurnia Jaya turut mendapat perhatian Ustaz Idris dan Jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Kawasan. Puan Minah Mat Piah, 91 tahun, mengalami kesukaran untuk bergerak akibat keuzurannya.

Pada kesempatan ini, Ustaz Idris telah menyampaikan sumbangan kerusi roda wakaf kepada beliau dan berharap ia dapat memudahkan urusan sehariannya.

SUMBER INFO & FOTO : FB Ustaz Idris Ahmad & Ustaz Faisal Abdul Rahman

Jam 9.00 pagi : Bantuan Asnaf Covid-19 di Kampung Batu 8, Changkat Jering










Jam 10.00 pagi : Bantuan Asnaf Covid-19 di Pusat Tarbiah PAS Cawangan Kampung Kepala Bukit















Jam 10.45 pagi : Bersama Tuan Hj Abdullah Koyamu, JPKK Kampung Kurnia Jaya. 
Menerima beberapa aduan mengenai kampung untuk dibawa kepada pihak berkuasa.








Jam 11.00 pagi : Serah kerusi roda kepada Puan Minah binti Mat Piah yang tinggal di Kampung Kurnia Jaya. Berumur 91 tahun. Wajah orang beriman.
Hadir sama, Ustaz Faisal Abdul Rahman dan Tuan Hj Rahim Ismail.




Jam 11.30 pagi : Ziarah Saudara Amsan bin Halus di Kampung Pak Dolah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan