Jam 9.30 pagi : Serah katil kepada Cik Ros Awang di Kampung Sungai Mati, Simpang. Beliau patah kaki akibat kemalangan dan turut menghidapi kencing manis. Beliau yang berusia 72 tahun kini hanya terlantar di atas katil.
Sebahagian daripada sumbangan kebajikan PAS Kawasan Bkt Gantang kepada mereka yang memerlukan. PKP dan Darurat bukan alasan kerja-kerja kebajikan terhenti. Mereka yang memerlukan bantuan akan kita cuba penuhi sekadar kemampuan yang ada dengan rezeki yang Allah SWT anugerahkan.
Turut sama Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan Haji Rahim Ismail, Setiausaha PAS Kawasan, Sdr Zamri Mohamad Yusof ,AJK PAS Kawasan, Sdr Zulkhairi Karim, JPKK Sdr Shamlan, Sdr Mohd Anuar dan Sdr Tajudin.
Jam 10.00 pagi : Serah sumbangan kerusi roda untuk Puan Manis bt Mohd Akhir di Kampung Kurnia Jaya. Kerusi sumbangan daripada Pusat Khidmat PAS Kawasan Bkt Gantang. Puan Manis terlantar akibat kencing manis. Kita doakan kesejahteraan dan kesabaran kepada beliau.
Jam 10.15 pagi : Ziarah jenazah ipar Pak Musa, Tok Siak Masjid Kurnia Jaya di Kampung Kurnia Jaya.
INFO : FB Ustaz Idris Haji Ahmad, FB Ustaz Faisal Abdul Rahman & FB Haji Rahim Ismail
FOTO : Mohd Anuar @ Maza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan