Ahad, 5 Mei 2019

ZIARAH MAHABBAH SEMPENA HARI BOMBA MALAYSIA 2019


Pada 5 Mei 2019, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Gantang yang dipimpin oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Faisal Abdul Rahman telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke Balai Bomba Kamunting, Taiping sempena meraikan Hari Bomba Malaysia 2019.




Rombongan PAS Kawasan Bukit Gantang telah disambut mesra oleh anggota-anggota Bomba yang bertugas. Turut serta, Ahli-ahli Jawatankuasa UPU Palma.

Untuk makluman, Balai Bomba Kamunting terletak di dalam kawasan Unit Peti Undi (UPU) Palma, DUN Kuala Sepetang.

Daripada PAS Kawasan Bukit Gantang, kami mengucapkan "SELAMAT HARI BOMBA MALAYSIA".




Tiada ulasan:

Catat Ulasan