Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kawasan Bukit Gantang meneruskan siri Ceramah Penyatuan Ummah di mana Markaz Tarbiah PAS Cawangan Kampung Jelapang, Simpang dipilih sebagai venue kali ini.
Ceramah yang diadakan pada 28 April 2019 itu menampilkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Haji Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Jamil Khir Baharom sebagai penceramah utama.
Turut menyampaikan ceramah ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Faisal Abdul Rahman dan ADUN Sepetang merangkap Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, YB Kamarudin Abu Bakar. Ketua Lajnah Penerangan, Ustaz Hassan Abdul Halim bertindak sebagai Pengerusi Majlis.
Ustaz Idris menerangkan, Taawun PAS dengan mana-mana parti adalah atas dasar Islam. Sekiranya rakan taawun dapat menerima Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka PAS bersedia bersahabat dan bekerjasama dengan mana-mana pihak.
Dalam ceramah yang disampaikan oleh Dato' Jamil Khir, beliau menegaskan bahawa "Pokok Taawun" iaitu penyatuan ummah antara PAS dan UMNO perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar ia membuahkan hasil pada PRU Ke-15 nanti.
Dalam program ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) turun padang dengan membuka Kaunter Bergerak. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pendaftaran pemilih baru, urusan pindah lokasi pengundi dan sebagainya.
FOTO : ZAMKA @ Zamri Mohamad Yusof & Zaki Wahab
LIVE FB : Jaudin M Amin
GRAFIK : Hasrol Qoorota Design
📽 LIVE! CERAMAH PERPADUAN UMMAH > Ustaz Idris Hj. Ahmad Naib Presiden PAS > Dato Seri Jamil Khair Baharom Ahli Majlis Tertinggi UMNO > Ustaz Faisal Abdul Rahman Yang Dipertua PAS Kaw. Bukit Gantang > YB Kamarudin Abu Bakar Pemangku Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang ○ 28 April 2019 ○ Ahad ○ 9:30 malam ○ Pusat Tarbiah PAS cawangan Kg. Jelapang, Simpang 《 JOM PAKAT2 LIKE & SHARE 》
Posted by PAS Kawasan Bukit Gantang on Ahad, 28 April 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan