Rabu, 27 Julai 2022

AHAD, 24 JULAI 2022 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN BUKIT GANTANG KE-55 - UCAPAN ALU-ALUAN & PERASMIAN MAJLIS

 




Ucapan Pengarah Program Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit Gantang Ke-55, Ustaz Zulkefly Ahmed






Ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan Haji Rahim Ismail







26 Julai 2022 - Jaudin M Amin

BUKIT GANTANG - PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengaktifkan jentera pilihanraya di semua peringkat sejak tahun lalu bagi mendepani Pilihanraya Umum Ke-15 tidak lama lagi.

Semua kerja-kerja asas pilihanraya telah disepadukan di semua peringkat melibatkan kesediaan jentera, latihan, simulasi, pasukan kempen dan kewangan mengikut tanda aras yang ditetapkan pimpinan parti. 

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Haji Rahim Ismail berkata, "Jentera pilihanraya di peringkat Parlimen, DUN dan Unit Daerah Mengundi (UDM) telah memulakan gerakerja asas dalam tekad untuk memenangi kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN-DUN.

"Selain itu peranan sayap-sayap parti iaitu Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat, Himpunan Pendukung PAS dan Assabiqun sangat penting bagi menarik sokongan masyarakat dan menyeru kepada kepimpinan Islam yang bersifat adil kepada semua.

Beliau berkata demikian ketika menyampaian ucapan pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ke-55 di Pusat Tarbiah PAS Kawasan, Kampung Bukit Chempedak dekat sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Datuk Ahmad Yahya selaku perasmi, Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Haji Ibrahim Zakaria dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Zulkefly Ahmed.

Tambahnya, dalam menghadapi pilihanraya, ahli-ahli perlu menjadi PAS sebuah parti yang kukuh dan kuat. Parti yang kuat mestilah melalui proses tarbiyah, membina kekuatan rohani dan mengukuhkan kekuatan jentera.

"Mendepani cabaran ini, setiap pimpinan samada di peringkat Kawasan, Cawangan, Jawatankuasa Pembangunan Dan Pembangunan Kampung (JPKK) dan ahli-ahli  perlu berperanan sebagai Ejen Penerangan Parti.

"Ia perlu dilaksanakan secara tersusun  supaya mesej yang dibawa oleh PAS berjaya menembusi kelompok sasaran dengan memanfaatkan media sosial dan teknologi maklumat  yang semakin canggih melalui pendekatan kreatif, berkhikmah dan boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Pada majlis tersebut, Jentera Pilihanraya Umum Ke-15 PAS Kawasan Bukit Gantang telah dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Ahmad Yahya dengan acara simbolik pemotongan pulut "Hijau Putih".









Ucapan Wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Alfadhil Ustaz Ibrahim Zakaria










Ucapan Perasmian oleh YB Senator Dato' Ahmad Yahya, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat / Pesuruhjaya PAS Kedah







26 Julai 2022 - Jaudin M Amin

BUKIT GANTANG - Jentera Pilihanraya PAS perlu berada dalam keadaan siap siaga dan menganggap Parlimen akan dibubarkan pada bila-bila masa sahaja walaupun penggal ini masih berbaki setahun lagi.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Dato' Haji Ahmad Yahya berkata, "Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan-kawasan yang diadakan seluruh Malaysia waktu ini wajar dijadikan medan mengukuhkan ukhuwah, mencetuskan semangat juang para amilin PAS dan mengatur strategi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15.

"Pengalaman 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) wajar menjadi ingatan di mana umat Islam berasa resah gelisah dengan corak pentadbiran mereka. Kita mesti memastikan mereka tidak sama sekali kembali ke Putrajaya sebagai kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaian ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bukit Gantang Ke-55 di Pusat Tarbiah PAS Kawasan, Kampung Bukit Chempedak dekat sini, kelmarin. 

Turut hadir, Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Haji Ibrahim Zakaria, Yang Dipertua PAS Kawasan,Haji Rahim Ismail, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Zulkefly Ahmed dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Muhammad Faisal Abdul Rahman.

Tambahnya, tiga sasaran utama yang perlu menjadi fokus kita iaitu memenangi 2/3 kerusi di Parlimen, menguasai kembali negeri-negeri yang diperintah oleh PAS dan memastikan PH tidak kembali berkuasa.

"Tahniah kepada PAS Kawasan Bukit Gantang yang telah bekerja keras sepanjang masa terutama aktif menjayakan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Walaupun tidak memenangi Parlimen Bukit Gantang pada penggal ini, namun gerakerja kebajikan tetap dilaksanakan dengan perbelanjaan yang besar.

Di saat kita bersungguh-sungguh mendekati masyarakat dengan pelbagai program, jangan dilupa sumbangan aktivis-aktivis parti yang bekerja keras tanpa mengharapkan balasan, malah mereka menyembunyikan kesusahan hidup mereka.

"Kepimpinan PAS wajar bertanya khabar dan menyelami kehidupan para aktivis kita agar tiada yang tercicir dan menanggung kesusahan hidup bersendirian", ujarnya.  

Pada majlis tersebut, Ahmad telah melancarkan Jentera Pilihanraya Umum Ke-15 PAS Kawasan Bukit Gantang disamping penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang kepada aktivis-aktivis PAS yang telah kembali ke rahmatullah.

Turut menerima penghargaan adalah Pengurus SkimPAS Kawasan, Zamri Mohamad Yusof yang berjaya mencapai keahlian kedua tertinggi di Malaysia. PAS Cawangan Sungai Petai Seberang pula dinobatkan sebagai Cawangan Tertinggi Keahlian Baru manakala Jabatan Amal Bukit Gantang menerima anugerah khas di atas usaha gigih menjayakan program derma darah dwibulanan dan aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan