ISLAM MENYATUKAN UMMAH - USTAZ MISBAHUL MUNIR MASDUKI, AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT
1. Tajuk ini adalah daripada Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar baru-baru ini.
2. Tuan Guru Tan Seri Abdul Hadi Awang meletakkan iman sebagai syarat utama dalam usaha menyatu-padukan ummah.
3. Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, damaikanlah saudara-saudara kamu yang bersengketa di atas dasar iman.
4. Suku kaum Aus dan Khazraj serta bangsa Arab dan ajam disatukan oleh Rasulullah SAW di atas ikatan iman.
5. Pemimpin mesti bersikap adil dengan orang bawahan. Pemimpin yang kuat ibadah belum tentu dia mampu berlaku adil dan tidak terjerumus dalam penyelewengan.
6. Pemimpin terlu ada sifat taqwa iaitu patuh segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
7. Berlaku adil walaupun seseorang itu berlainan agama, bangsa, negara dan pendirian politiknya.
8. Kata Almahrum Ustaz Fadhil Noor, "Adakalanya tidak menjawab soalan adalah satu jawapan". Pengajarannya, adakala berdiam diri memberikan sesuatu mesej yang tersirat serta dapat mengelak fitnah dan putar belit musuh.
9. Antara rahmat Allah ialah adil kepada semua manusia dalam satu keluarga besar yang dipimpin oleh Islam yang berkuasa dalam sesebuah negara yang berdaulat.
10. Pendekatan yang dibawa oleh Islam dianggap mencabar penguasa yang zalim yang menguasai dunia ketika awal kedatangannya, menyebabkan berlakunya gerakan yang menyeluruh untuk menentang Islam sejak zaman-berzaman.
11. Namun, pendekatan secara damai diutamakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW melalui perutusan yang dihantar kepada raja-raja dan para pemimpin, dengan menyeru ke arah mentauhidkan Allah SWT.
12. Pada 2004, kerajaan Kelantan hampir tumbang dengan beza dua kerusi dan tewas satu kerusi lagi pada Pilihanraya Kecil. Ia menjadi iktibar bahawa keputusan Pilihanraya tidak boleh dijangka kerana rakyat mempunyai perspektif yang berbeza terhadap kerajaan yang memerintah.
13. Ahli-ahli PAS perlu memahami konsep kepimpinan Ulamak. Ia bukan bermakna semua pimpinan PAS mesti seorang ulamak, tetapi konsep sebenar ialah semua pimpinan PAS berfikrah Islam dan menghayati Islam secara syumul.
14. Pendirian PAS iaitu mempertahankankan Perikatan Nasional dan memperkasakan Muafakat Nasional sering disalah erti oleh pihak tertentu.
15. PAS menghargai parti Bersatu yang sanggup meninggalkan Pakatan Harapan sehingga kerajaan PH tumbang dan akhirnya membentuk kerajaan PN.
16. PAS sedia menerima Pan dalam Muafakat Nasional sekiranya mereka sanggup meninggalkan gabungan PH.
17. Tidak semua perkara yang diputuskan oleh pimpinan utama PAS yang menyenangkan hati kita, namun pasti ada hikmah disebaliknya yang akhirnya menguntungkan Islam.
18. Untuk membentuk kerajaan yang stabil pasca PRU15, formula terbaik adalah PN dan BN mesti berada dalam kem yang sama.
19. Pemantapan jentera dan organisasi PAS serta aktifkan jentera pilihanraya hingga ke akar umbi antara perkara yang ditekankan oleh Presiden PAS dalam Ucapan Dasar Muktamar Ke-67.
- Liqa Fikri PAS Kawasan Bukit Gantang - Selasa, 7 Disember 2021
[LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BAHARU, PAS KAWASAN BUKIT GANTANG]
http://www.mediapasbukitgantang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan