Jumaat, 15 Julai 2022

SABTU, 1 APRIL 2022 : SUMBANGAN IHYA RAMADHAN 1443H KEPADA MASJID, SURAU, PONDOK & TAHFIZ ALQURAN

 



AHAD, 13 FEBRUARI 2022 : SUMBANGAN YPEIM KEPADA MANGSA RIBUT SEKITAR DUN TRONG

 


AHAD, 13 FEBRUARI 2022 : SUMBANGAN JOM KE SEKOLAH ANJURAN BERSAMA YAYASAN TAQWA, MAIWP

 



AHAD, 30 JANUARI 2022 : MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS PERINGKAT NEGERI PERAK

 



JUMAAT, 21 JANUARI 2022 : TAUJIHAT KHAS DUN TRONG - USTAZ MOKHTAR SENIK



Ahad, 6 Mac 2022

FEBRUARI 2022 : LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) PAS PARLIMEN BUKIT GANTANG

 

Dalam mendepani penularan pendamik Covid-19 yang terus meningkat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terus menyantuni rakyat yang terkesan dan dijangkiti wabak itu.

Bagi meringankan beban yang ditanggung terutama golongan B40, JPKK dan Pusat Khidmat PAS Parlimen Bukit Gantang menyampaikan sumbangan Kotak Pemulih/Bantuan Makanan kepada mereka sebagai tanda simpati dan keprihatinan.

Selain itu, JPKK terus menguruskan permasalahan masyarakat di bawah pentadbiran mereka seperti jalan rosak, pencemaran sampah, banjir dan sebagainya.

Berikut antara aktiviti JPKK PAS Parlimen Bukit Gantang yang sempat direkodkan. Bukan elaun yang menjadi buruan tetapi amanah Kerajaan Negeri Perak dan PAS yang menjadi iltizam buat mereka memikul tanggungjawab besar ini.

Terima kasih.

JANUARI 2022 : LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) PAS PARLIMEN BUKIT GANTANG

 


JPKK PAS TERUS BERBAKTI UNTUK WARGA PARLIMEN BUKIT GANTANG

Melangkah ke tahun baharu 2022, Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) PAS Parlimen Bukit Gantang meneruskan kerja amal menyantuni rakyat bawahan yang memerlukan dan terkesan dengan gelombang pendamik Covid-19.

Selain menyampaikan sumbangan Bakul Makanan yang disalurkan oleh Pusat Khidmat PAS Parlimen Bukit Gantang dan peruntukan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Ahli-Ahli JPKK turut menangani permasalahan rakyat seperti kerosakan fasiliti awam, bencana alam dan terlibat dalam program anjuran PAS, agensi kerajaan Negeri serta Pusat.

Berikut antara tugasan dan aktiviti JPKK PAS Parlimen Bukit Gantang sepanjang bulan Januari 2022. Tidak keseluruhan aktiviti JPKK yang disiar di sini, sekadar yang sempat dilapor dan dirakam melalui lensa. Terima kasih.


💚 ISNIN, 3 JANUARI 2022 : JPKK KAMPUNG CHEH, DUN CHANGKAT JERING

Bersama JPKK Kampung Cheh Seberang, Saudara Nazmi Ibrahim menziarahi Saudara Yusup bin Ibrahim di Kampung Cheh. Beliau terlantar sakit dan memerlukan katil boleh laras (katil hospital).