Pusat Khidmat PAS Parlimen Bukit Gantang menyediakan 60 pek makanan untuk dibawa ke Kuala Langat, Selangor.
Seramai 4 muslimin dan 4 muslimat bertolak dari Bukit Gantang pada malam Sabtu untuk menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Selangor.
Team ketiga Misi Bantuan Pasca Banjir Selangor selamat tiba di bumi Kuala Langat.
Bantuan 60 pek makanan dari rakyat Bukit Gantang untuk penduduk Parlimen Kota Raja, Selangor ditempatkan di Pusat Operasi Bantuan Banjir, Sekolah KAFA Integrasi Al-Firdaus Kota Kemuning. Semoga Allah mempermudahkan urusan hidup mereka.
Operasi Jabatan Amal dan Khidmat Malaysia Bukit Gantang di Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat.
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan Haji Rahim Ismail menyampaikan sumbangan kepada dua buah institusi pendidikan iaitu PASTI At-Taqwa dan Sekolah Rendah Islam At-Taqwa Bukit Changgang bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung akibat kerosakan yang berlaku di sekolah tersebut.
Menurut Ketua Operasi Misi Bantuan PAS Kawasan Bukit Gantang, Zulkefly Ahmed, "Beberapa premis berjaya dibersihkan antaranya Surau Al-Muiz'z Taman Seri Muda, Sekolah Rendah Islam Integrasi At-Taqwa dan PASTI At-Taqwa Kampung Bukit Changgang.
"Kami turut membersihkan sebuah kedai dan beberapa buah rumah sekitar Kampung Bukit Changgang, Kampung Beting Tengah, Kampung Sijangkang dan Taman Seri Muda.
Komandan Jabatan Amal Bukit Gantang, Mohamed Rizwan Basheer Ahamed
Perjalanan pulang setelah tamat tugasan...
Master Chef, Ustaz Zul
27 Disember 2021
BUKIT GANTANG : Seramai 28 anggota Jabatan Amal, Khidmat Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Gantang menyertai misi bantuan pasca banjir di daerah Kuala Langat hujung minggu lalu.
Menurut Ketua Operasi Misi Bantuan PAS Kawasan Bukit Gantang, Zulkefly Ahmed, “Beberapa permis berjaya dibersihkan antaranya Surau Al-Muiz’z Taman Seri Muda, Sekolah Rendah Islam Integrasi At-Taqwa dan PASTI At-Taqwa Kampung Bukit Changgang.
“Kami turut membersihkan sebuah kedai dan beberapa buah rumah sekitar Kampung Bukit Changgang, Kampung Beting Tengah, Kampung Sijangkang dan Taman Seri Muda.
Daripada hasil sumbangan kewangan ahli-ahli PAS Kawasan Bukit Gantang, sebanyak 60 pek makanan telah diserahkan kepada urusetia Pusat Operasi Banjir Surau Al Firdaus, Kota Kemuning.
“Kami turut menyalurkan sumbangan kepada dua buah institusi pendidikan iaitu PASTI At-Taqwa dan Sekolah Rendah Islam At-Taqwa Bukit Changgang bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung akibat kerosakan yang berlaku di sekolah tersebut.
Zulkefly yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat kesukarelawan anggota-anggota Jabatan Amal, Khidmat Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Kawasan sepanjang dua hari yang lalu.
“Ucapan terima kasih juga kepada para dermawan yang membantu menyediakan dana dalam tempoh yang singkat. InsyaAllah, kita merancang untuk meneruskan misi bantuan pasca banjir di negeri Pahang pula pada minggu hadapan.
Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di nombor akaun 08040010013314 dan menulis rujukan ‘Bantuan Banjir’.
https://berita.pas.org.my/jam-bukit-gantang-selesai-tugas-dua-hari-di-kuala-langat-bersih-permis-dilanda-banjir/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan