Pada Rabu, 10 November 2021, satu majlis ringkas penyampaian Bakul Prihatin
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan asnaf sekitar DUN Trong
berlangsung di Restoran Kak Nah, Pekan Trong, Perak.
Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Tuan
Haji Rahim Ismail. Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan
(JPKK) Trong, Saudara MustafaMat Saad dan Ahli JPKK Sungai Lubok, Puan Rosnah
Salleh.
Untuk bulan ini, sebanyak 100 Bakul Prihatin diamanahkan kepada PAS KawasanBukit Gantang untuk disumbangkan kepada golongan asnaf di tiga DUN dalam Parlimen Bukit Gantang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan