Jam 10.30 pagi, Program Doa Selamat dan Perasmian Surau Terapung di Jeti Nelayan Kuala Trong. Surau yang dibina secara gotong-royong untuk memudahkan nelayan dan mereka yang pergi memancing menunaikan solat fardhu.
Surau yang bernilai RM3,000 ini akan ditarik berhampiran Sungai Punggur iaitu lebih kurang 30 minit daripada Kuala Trong.
Semoga usaha ini akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT dan dimurahkan rezki dan memudahkan para nelayan menyempurnakan kewajipan kepada Allah SWT.
Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Bemban, Tuan Haji Zainudin Hamzah, ALP Persatuan Nelayan Unit Sungai Tinggi yang juga JPKK Kampung Tebok, Tuan Haji Jamal, JPKK Kampung Baru Trong, Saudara Mustafa dan Saudara Azhar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan