Dalam mendepani penularan pendamik Covid-19 yang terus meningkat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terus menyantuni rakyat yang terkesan dan dijangkiti wabak itu.
Bagi meringankan beban yang ditanggung terutama golongan B40, JPKK dan Pusat Khidmat PAS Parlimen Bukit Gantang menyampaikan sumbangan Kotak Pemulih/Bantuan Makanan kepada mereka sebagai tanda simpati dan keprihatinan.
Selain itu, JPKK terus menguruskan permasalahan masyarakat di bawah pentadbiran mereka seperti jalan rosak, pencemaran sampah, banjir dan sebagainya.
Berikut antara aktiviti JPKK PAS Parlimen Bukit Gantang yang sempat direkodkan. Bukan elaun yang menjadi buruan tetapi amanah Kerajaan Negeri Perak dan PAS yang menjadi iltizam buat mereka memikul tanggungjawab besar ini.
Terima kasih.
Ahad, 6 Mac 2022
FEBRUARI 2022 : LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) PAS PARLIMEN BUKIT GANTANG
JANUARI 2022 : LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) PAS PARLIMEN BUKIT GANTANG
JPKK PAS TERUS BERBAKTI UNTUK WARGA PARLIMEN BUKIT GANTANG
Melangkah ke tahun baharu 2022, Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) PAS Parlimen Bukit Gantang meneruskan kerja amal menyantuni rakyat bawahan yang memerlukan dan terkesan dengan gelombang pendamik Covid-19.
Selain menyampaikan sumbangan Bakul Makanan yang disalurkan oleh Pusat Khidmat PAS Parlimen Bukit Gantang dan peruntukan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Ahli-Ahli JPKK turut menangani permasalahan rakyat seperti kerosakan fasiliti awam, bencana alam dan terlibat dalam program anjuran PAS, agensi kerajaan Negeri serta Pusat.
Berikut antara tugasan dan aktiviti JPKK PAS Parlimen Bukit Gantang sepanjang bulan Januari 2022. Tidak keseluruhan aktiviti JPKK yang disiar di sini, sekadar yang sempat dilapor dan dirakam melalui lensa. Terima kasih.
ISNIN, 3 JANUARI 2022 : JPKK KAMPUNG CHEH, DUN CHANGKAT JERING
Bersama JPKK Kampung Cheh Seberang, Saudara Nazmi Ibrahim menziarahi Saudara Yusup bin Ibrahim di Kampung Cheh. Beliau terlantar sakit dan memerlukan katil boleh laras (katil hospital).
Khamis, 3 Mac 2022
AHAD, 20 FEBRUARI 2022 : SUMBANGAN JOM KE SEKOLAH ANJURAN YAYASAN TAQWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
Selasa, 1 Mac 2022
SELASA, 1 MAC 2022 : INTIPATI LIQA' FIKRI PAS KAWASAN BUKIT GANTANG - ALFADHIL USTAZ MUJAHID BIN IR. FADZIL
"KENALI SIAPA MUSUH KITA YANG SEBENARNYA"
1. Di antara punca perpecahan umat Islam disebabkan cara berfikir yang salah seperti fahaman sekular yang berakar umbi dalam masyarakat.
2. Dalam surah Al-Fatihah, Allah SWT menceritakan mengenai siapakah musuh Islam, yang mana amaran diberi agar umat Islam tidak mengikut jalan yang bersimpang-siur/bengkang bengkok sebaliknya mengikut jalan yang lurus.
3. Di akhir zaman, umat Islam akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani sehinggakan disuruh masuk ke 'lubang biawak' pun, umat Islam akan menurut dengan penuh ketaatan.
4. Hakikatnya, dunia hari ini dikuasai oleh Amerika Syarikat (Nasrani/Kristian Khatolik) dan Israel (Yahudi). Mereka bukan sahaja mengatur serangan secara fizikal (ketenteraan, politik dan ekonomi), tetapi mereka turut menyerang umat Islam melalui fikiran (ideologi dan cara pemikiran Barat).
5. Antara ideologi Barat ialah siosalis yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu sosialis radikal dan sosialis demokrat. Dalam konteks Malaysia, ideologi sosialis demokrat dianuti oleh parti Dap. Pada tahun 2006, Dap menukar ideologi kepada demokarasi sosialis. Pkr pula mengamalkan ideologi liberal demokrat.
6. Beberapa organisasi media, NGO dan pemimpin-pemimpin tertentu menerima sumbangan dana daripada Barat yang bertujuan mencorakkan politik di negara ini supaya tunduk di bawah naungan mereka.
7. Seorang pegawai politik dari Amerika Syarikat mengakui secara terbuka bahawa mereka menyalurkan dana politik kepada parti-parti tertentu di Malaysia sejak tahun 2002 lagi.
8. Sebagai ahli gerakan Islam, kita mestilah mengenali siapakah musuh kita yang sebenarnya sebagaimana yang telah dijelaskan secara terang di dalam Al-Quran berulang-ulang kali iaitu Yahudi dan Nasrani.
9. Musuh-musuh Islam berusaha menyekat sebarang gerakan-gerakan dan revolusi yang mendaulatkan Islam seperti Revolusi Iran pada 1979 yang berjaya menjatuhkan Shah Iran yang pro-Barat. Ia di luar perancangan Barat.
10. Islamophobia adalah gelombang yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam untuk memburukkan Islam, gerakan siasah dan penganutnya bermula daripada peristiwa 9-11 (serangan pesawat ke atas World Trade Centre).
11. Walaupun gerakan Islam sentiasa disekat dan difitnah, namun gerakan Islam tetap berjaya mencapai kemenangan melalui platform demokrasi seperti Parti Refah di Turki, FIS di Algeria dan PAS di Malaysia.
12. Gerakan-gerakan Islam perlu dipimpin dengan betul dan tepat, bukan mengikut jejak langkah dan cara pemikiran serta ideologi musuh-musuh Islam.
13. Antara strategi memecah-belahkan gerakan-gerakan Islam ialah melaga-lagakan umat dengan isu-isu furuk, khilafiyah, perselisihan salaf dan khalaf, wahabi dan sebagainya.
14. Musuh-musuh Islam sanggup menyamar sebagai orang Islam, menyelami agama Islam dan berada dalam jemaah Islam. Akhirnya mereka menikam umat Islam seperti yang dilakukan oleh Snouck Hurgronje di Acheh sehingga Belanda berjaya menjajah Indonesia akibat perpecahan ummah.
15. Sasaran dakwah PAS bukan sekadar ahli-ahli di dalam parti politik pemerintah dan pembangkang sahaja, tetapi sasaran kita juga kepada golongan non-partisan seperti jemaah Masjid/Surau tidak berparti, Tabligh dan anak-anak muda.
16. Umat Islam perlu berhati-hati dengan sebaran media khususnya media Barat kerana mereka cuba mencorakkan pemikiran dan kefahaman masyarakat supaya percaya dan tunduk kepada mereka.
Naqib oleh Ustaz Mujahid bin Ir Fadzil
Setiausaha Lajnah Tarbiah dan Perkaderan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
💚🤍💚🤍💚🤍💚🤍💚🤍💚🤍💚🤍💚🤍💚🤍💚🤍
📌 UCAPAN ALU-ALUAN TUAN HAJI RAHIM ISMAIL, YANG DIPERTUA PAS KAWASAN BUKIT GANTANG
1. Alhamdulillah, kita dapat meneruskan program tarbiah bulanan anjuran PAS Kawasan Bukit Gantang walaupun secara maya.
2. Program tarbiah sangat penting dalam gerakan Islam dan untuk itu, setiap PAS Cawangan amat digalakkan menganjurkan program Usrah sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.
3. PAS Kawasan Bukit Gantang diamanahkan bersama Kawasan Larut dan Bagan Serai untuk membantu gerakerja Pilihanraya Negeri Johor melibatkan DUN N.33 Tenggaroh yang diwakili oleh calon PAS, Haji Roslan Nikmat.
4. PRN Johor dilihat oleh penganalisis politik sebagai kayu ukur pencapaian parti-parti politik di dalam Pilihanraya Umum Ke-15.
5. Penglibatan pengundi muda pada PRN Johor sangat penting untuk menilai kecenderungan politik generasi muda di dalam kancah politik negara.
6. Ahli-ahli PAS di semua peringkat perlulah memulakan langkah dari sekarang bagi menghadapi PRU-15 dan tidak menunggu sehingga ke saat akhir.
[LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BAHARU - PAS KAWASAN BUKIT GANTANG]