~RABU, 11 NOVEMBER 2020 ~
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 11 November ini dan berakhir pada Mac 2021.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam tempoh tersebut, empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dijangka berlaku dan semasa fasa awal monsun itu iaitu dari November sehingga Disember ini, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Mulai Januari 2021, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
"Fasa kedua Monsun Timur Laut pula akan bermula pada hujung Januari 2021 dan seperti biasa dijangka cuaca agak kering di negeri-negeri di utara Semenanjung (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Menurut MetMalaysia lagi, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari juga boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. [SINAR HARIAN]
💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧
~ KHAMIS, 12 NOV 2020 - 10:00 PAGI ~
~ 12 NOV 2020 - 10:00 MALAM ~
NORMAWATI ADNAN | | 12 November 2020
IPOH - Seramai 381 penduduk dari Batu Kurau dan Taiping dipindahkan ke lima pusat pemindahan susulan kejadian banjir akibat hujan lebat yang melanda kawasan itu sejak semalam.
Kesemua mereka membabitkan 98 keluarga masing-masing dari Kampung Pantai Besar, Kampung Sungai Ara dan Kampung Jemerang Star di Batu Kurau, manakala Kampung Changkat Baru Matang dan Kampung Air Kuning di Taiping.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, lima pusat pemindahan dibuka ialah Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara yang menempatkan 90 orang dari 21 keluarga.
Katanya, Dewan Orang Ramai Pantai Besar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pantai Besar pula menempatkan 215 mangsa dari 63 keluarga.
"Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah di Taiping pula dibuka bagi menempatkan 41 mangsa dari sembilan keluarga manakala selebihnya berada di Dewan Orang Ramai Air Kuning.
"Semua pusat pemindahan ini dibuka antara jam 7.30 malam dan 11 malam tadi," katanya.
Kenyataan sama memaklumkan, semua mangsa dipindahkan ke tempat lebih selamat selepas paras air mencecah sehingga dua meter.
"Terdapat juga penduduk yang mengambil inisiatif datang sendiri ke pusat pemindahan kerana khuatir dengan keselamatan.
"Paras air sehingga lewat malam tadi sudah menunjukkan tanda surut," katanya.
💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧
~ JUMAAT, 13 NOV 2020 - 10:00 PAGI ~
10:00 PAGI - Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman bersama Timbalannya, Ustaz Zulkefly Ahmed menziarahi mangsa-mangsa banjir di Kampung Larut Ulu, Air Kuning.
10:30 PAGI - Pemantauan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) di Jebong mendapati banjir mulai surut tetapi masih digenangi air.
10:00 PAGI - Pemantauan JPKK Sendok mendapati jalan ke Lata Kampung Sendok yang menghubungi kebun, kawasan perkelahan dan ladang penternakan ayam terputus dua akibat arus sungai yang deras.
11:00 PAGI - Sumbangan ayam dan ikan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Air Kuning
?
10:00 PAGI - PENUTUPAN PUSAT PEMINDAHAN BANJIR
DI MATANG, KUALA SEPETANG
💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧
~ SABTU, 14 NOVEMBER 2020 ~
~ AHAD, 15 NOVEMBER 2020 ~
10:00 - Jalan ke Pekan Kuala Sepetang dinaiki air
[ KEMAS KINI TERBARU, INSYA-ALLAH ]